Sental jiwa.

Setiap tapak-tapak kenit kita akan dihitung kelak.

Home Archive for December 2016
,السلام عليكم


tanggal 31 disember makin menutup tirai
moga tirai yang ditutup membawa pergi jutaan badai
meniti beberapa jam menuju ke sana
kecil harapan itu berharap pelangi kan singgah
singgah buat 365 hari mendatang.

7:15 PM// Sabtu, 31 Disember 2016.
,السلام عليكم

sen·ti·men·tal val·ue
 (noun) is the value of something to someone because of personal or emotional associations rather than material worth.

----------



Ini majalah tentang moyang aku. Sejarahnya tertulis di dalam majalah itu... dan sekarang semuanya telah hilang... Sangatlah pelik bila sejarah moyang aku hilang hanya kerana dimakan ulat dan dikoyak orang. Aku masih simpan majalah tu walaupun rosak tapi ianya tak sama dengan yang asal. Langsung tak sama. You know what I mean right? 

Ikutkan akal boleh je print gambar moyang. Walaupun ianya sama, tapi nilai yang asal lebih tinggi dari yang copy punya. Sentimental value..

Dan sekarang aku sedar yang aku banyak simpan benda yang ada sentimental value.

----------.

Setem. All of them have their own sentimental values. Hong kong, Jakarta, USA, England, UK, Indonesia, China, India, Finland, Russia, Malaysia, Bangladesh, and other countries yang aku sendiri tak pernah dengar.


Ini album gambar ayah aku, tapi aku dah cop awal-awal. Album ni dah wujud lebih dari 40 tahun. Gambar hampir 9/10 takde warna, ah so nostalgic!

Surat-surat dari kawan-kawan, ada lebih dari 150 surat from all around the world.

Al-Quran dari cikgu english sekolah rendah untuk hari jadi aku. 


Ini sebenarnya candy dari kawan sekolah masa graduasi tingkatan lima, walaupun candy dah habis, aku tetap simpan topi graduate tu. 

----------

Dan ada beberapa benda yang kau mungkin rasa yang aku sebenarnya tak patut simpan.

Slip pos laju. Sangat-sangat banyak dalam simpanan aku. Ini salah satunya je. Ada tarikh, tandatangan, alamat, and yang penting sekali tulisan penghantar. Full of memories so aku tak boleh halang diri aku untuk simpan.

Aku tak tau apa nama benda ikat plastik roti ni. Sebenarnya ada banyak lagi. Ada tarikh (baca: ada kenangan), ada harga, boleh lah aku buat perbandingan harga sebelum dan selepas GST. 

----------

Tapi ada benda yang aku sangat terkilan dan aku tak boleh terima sampai sekarang. Buku aku hilang (baca: dibuang oleh seseorang) dan sekarang ni mungkin tengah lepak dekat Tempat Pengumpulan Sampah. Aku akan tetap simpan buku tu dalam hati sampai satu hari nanti aku jumpa balik (which is impossible). Bukan apa, aku cuma nak sikit peluang, a little chance yang aku boleh sentuh balik buku tu. Itu je. 

Tapi realitinya... benda yang lenyap takkan wujud semula dan aku rasa kita semua ada The Fragmentary Magazine like I do. 


















,السلام عليكم
Keinginan aku untuk menulis tidak akan tercapai jika aku langsung tidak belajar ABC. Mata engkau pula tidak akan ke kanan dan ke kiri menghadam setiap butir aksara ini jika engkau tidak belajar membaca.

Besar kan makna sebuah ilmu? Dari ABC yang kita anggap remeh hingga ke nombor yang tiada penghujung. 

"طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ"
".Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim"
----------

Dengan ilmu yang kau belajar, apa yang merubah kau?
"Aku rasa aku jadi makin baik, tapi tak cukup baik."
"Jiwa saya mula kenal erti hidup, boleh membezakan mana cantik dan buruk."
"Sikap prasangka buruk dalam diri saya mula pudar,"
"Bila saya tahu fadhilat sesuatu benda, saya mula amalkan sampai saya rasa kosong bila saya tinggal"
"Personaliti saya alhamdulillah terjaga."
"Saya rasa saya makin kenal tuhan."
"Yang merubah saya bukan ilmu, tapi Allah swt."

Kau rasa orang kena tempias tak bila kau berilmu?
"Iye, bila saya mula bertanya tentang ilmu."
"Alhamdulillah, saya rasa ada tempias positif yang tersebar."
"Atas manusia itu sendiri."


Apa yang dah kau capai dengan ilmu yang kau ada?
"Resultnya saya belum tahu, tunggu kiamat dulu."
"Maaf, saya tak tahu."
----------

Nanti satu saat, ada satu benda baru yang kita akan belajar.
 Sebelum belajar, kita diarahkan untuk prepare sehabis mungkin.
Apa yang kita prepare akan mempengaruhi sesi pembelajaran kita sama ada lancar atau tidak.

Masa yang disediakan untuk prepare adalah berbeza untuk setiap manusia.
100 tahun, 65 tahun, 40 tahun, 29 tahun, 17 tahun, 10 tahun, 2 tahun.

Setelah itu kita akan belajar menghadapi sakaratulmaut.

Saat itu tidak guna lagi meratap minta untuk dikasihani.
Sudah terlambat.

Nanti dulu, jangan difikirkan yang sudah terlambat itu.
Renungkanlah yang belum terlambat ini.
Sisa-sisa akhir kita tidak usah diisi dengan penyesalan.
Jangan patahkan harapan Rasulullah untuk kita semua bertemu di syurga kelak.

Kita masih belum terlambat jika kita ada dan mahu ilmu.




,السلام عليكم
"Reach morning, we are born again. What to do today is what matters most."

I found this quote one minute ago.
 Setiap hadirnya pagi baru, kita punya pilihan.
 Untuk kekal disitu atau berpaling tubuh. 
dan pilihan hari ini menggambarkan hari mendatang. 
kerana 'what to do today is what matters most.'



,السلام عليكم
Aku ialah hujan.
Titisanku menyuburkan tanah gersang.
Butir-butir jernih itu mengalir dijendela malam.
Biasanya kerap kehadiranku singgah di bulan Disember hujung tahunan.

Suburnya tanah gersang melonjakkan lagi nafsu nafsi si fulan.
Tanah dicantas lalu hilang semua gunung-ganang.
Demi wang dan kepuasan.
Awal diciptakan aku bukan tujuan kehancuran.
Dan kemewahan.

Tambahan lagi.
Aku turun dari awan.
Hinggap ke bibir sang perawan.
Yang menari dalam pelukan hujan.

Yang memelukmu,
Si hujan.

12:08AM//Rabu, 18 Bulan Kehujanan 2016.

Subscribe to: Posts ( Atom )

NOTA KAKI

"Cerita rekaan yang dibenarkan. Jangan percaya."

ABOUTFACEBOOK INSTAGRAM

SEJARAH ITU

  • ►  2018 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (35)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (10)
    • ►  January (5)
  • ▼  2016 (5)
    • ▼  December (5)
      • Malam Tahun Baru.
      • This Fragmentary Magazine.
      • Ada apa dengan ilmu?
      • Pagi is pagi.
      • Hujan Rintik.

BUTIR AKSARA

CATATAN LAMA

  • ...
    Was I too young to see this with my eyes? And you, yes you, please read it properly.
  • Interests.
    Melihat kini agama itu seperti bukan lagi suatu kewajipan, ia seperti suatu kehendak yang hanya ada kepentingan tersendiri buat seseorang, ...
  • Beautiful.
    " Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepada...
  • Nirwana.
    Tersungkur mengejar solusi revolusi mana lagi tak kita tempuh sejak awalan suruh takafur di kasur degil, degil, degil degil aku kerana ...
  • Cukup, gelap dan sejuk.
    0321PM, 7 DISEMBER 2017. Mahukah kau, mengikut pertimbanganmu, untukku sampaikan satu perkara? Bahawa ketidakcukupan itu tidak wujud. Sun...
  • Realiti dan Maya.
    "Mak, macam mana nak masak nasi ayam?" " Search kat Google je," jawab mak. Dulu mungkin kalau merantau jauh un...
  • Sebuah Yang Sejuta.
    Sebuah pohon, bersama dahan-dahan berpecah kepada beberapa lagi cabang dahan yang jauh lagi ke penghujungnya, namun tetap ada penghuju...
  • Apa Yang Telah Aku Lakukan Hari Ini?
    Assalamualaikum. Soalan ni macam tiba-tiba hadir tanpa diundang; " Apa yang telah aku lakukan hari ini? " Tolak tepi dulu hal...
  • Luluhawa.
    Terurai, Reput, Pecah Gabungan membentuk luluhawa Dari insolasi, hidrolisis, pengoksidaan, pengkarbonan ke tindakan ibun Kasihan batuan ...
  • Soalan Buat Tahun 2050.
    Assalamualaikum kehadapan diri yang berada di tahun 2050 , Apa khabar? Macam mana diri kau sekarang? Gain some weight? Dulu study bida...
Powered by Blogger.
Copyright 2014 Sental jiwa..
Designed by OddThemes