Sental jiwa.

Setiap tapak-tapak kenit kita akan dihitung kelak.

Home Archive for 2017


"Dik, hidup tanpa rasa sedih dan duka tu lagi menyeronokkan, larilah dik..."
Macam mana nak lari kak, bila sedih dan duka tu sebati dalam daging?

"Apa yang awak sedihkan ni dik?"
Saya sedih, itu yang paling sedih, kak.

"Tapi apa yang paling sedih dik?"
Apabila semua kesedihan tu berhimpun pada satu tempat? Kak tak pernah rasa?

------------------------------------------------------

Bismillah
Demi waktu dhuha,
Dan malam apabila ia sunyi-sepi.
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)
Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda- berpuas hati.
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia memberikan perlindungan?
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk?
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking,
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. 

-Surah Ad-Dhuha.

Lihatlah matahari, lihatlah bulan. Bergembiralah.


0321PM, 7 DISEMBER 2017.

Mahukah kau, mengikut pertimbanganmu, untukku sampaikan satu perkara? Bahawa ketidakcukupan itu tidak wujud. Sungai yang mengalirkan air, yang menghakis batuan tebing dan dasar, memusar membentuk lubuk dalam, yang singgah di kerongkongan musafir, masih ada tidak kering  bahkan diganti hujan ketika kemarau. Pepohon yang seribu satu kegunaan, yang akarnya erat mencengkam tanih yang pada awalnya berkesot perlahan, bercerita pula soal dedaun yang pada musim panas menjadi kanopi meneduhkan musafir penat berjalan, sehingga membuatkannya merasa cukup ditambah angin lembut. Turut serta buah-buahan ranum tinggal dipetik dengan nama Tuhan Allah, disuapkan ke mulut juga dengan nama Tuhan itu, kunyah, telan, dan hadam jua dengan nama Tuhan tersebut. Ah, banyak lagi tak terhitung dimata. Cukup rasanya hidup ini, tidak perlu wang berjuta, emas menutupi tubuh, intan jua berlian. Benar sungguh bahawa ketidakcukupan itu tidak wujud... hanya dongeng dan mitos arena kemajuan. Disaat bayi kecil itu lapar, diberi ibu itu susunya. Disaat ibu itu lapar, diberi suaminya beras. Disaat suami itu pula lapar, nasi yang ditanak dimakan bersama. Disaat suami itu balik dengan tangan kosong, maka ada saja jalan Tuhan dalam membuka pintu. Seribu pintu yang gelap seakan terbuka oleh satu kuasa yang menggunakan pelbagai cara yang wujud. Ketidakcukupan itu tidaklah wujud, yang ada hanyalah rasa yang tidak pernah cukup, hawa nafsu yang dahaga, dan paling merbahaya adalah iman yang luntur... jua diri insan yang tidak dipenuhi syukur. Sehingga muncul istilah ketidakcukupan. Sepertimana keadaannya gelap yang tidak wujud, yang ada hanyalah sebuah keadaan yang tiada mempunyai cahaya. Begitu juga situasinya seperti sejuk, yang ada hanyalah sebuah keadaan berkurangnya haba. Itulah perkaranya, kita memang sering merasa tidak cukup, kerana yang ada hanyalah kurangnya rasa syukur.

Sehingga kecukupan itu pudar......
Apabila orang telah susah, pikirannya pun sudah tertunduk, jalan untuk maju tiada lagi. Padahal dalam kehidupan itu, manusia tidak akan jalan di jalan yang datar sahaja, yang bertaburkan bunga, kehidupan itu mendaki, menurun, berenang, walau ditiup ombak dan gelombang, itu pasti dalam hidup. Tidak akan ada kusut yang tidak selesai, tidak ada keruh yang tidak jernih.

--------------------
"Tunjukkanlah aku jalan yang lurus." 
 Surah Al-Fatihah :6

Jalan yang lurus, jalan yang benar, jalan yang dapat memberi kebahagiaan dunia dan akhirat. 



Was I too young to see this with my eyes?

And you, yes you, please read it properly.

Melihat kini agama itu seperti bukan lagi suatu kewajipan, ia seperti suatu kehendak yang hanya ada kepentingan tersendiri buat seseorang, bahkan hanya untuk tidak terlihat berbeza dengan yang lain. Yah, aku ada agama, obey the rules or not iya terserahlah. Yang pasti aku punya agama... itu sudah mencukupi...

Aku pernah singgah ke satu moment di mana aku merasa bahawa beragama itu sudah cukup, hal-hal sampingan (baca: yang wajib) lain itu hanya pilihan. Solat.... puasa.... aurat, tidak menjadi masalah asalkan aku percaya Qul huwAllahu Ahad. Pasti ada syurga buatku, begitu fikirannya.

Tetapi sebetulnya, jika pada saat itu aku percaya Tuhan itu satu, Maha melihat, Maha mendengar, kenapa aku tidak melakukan itu? Kenapa tidak patuh? Kenapa jadikan suatu kewajipan sebagai pilihan?

We tend to do things just to satisfy our own interests.

Kewajipan yang memberi manfaat pada kita, kita angkat, junjung, dan pertahankan. Jika kewajipan yang kononnya tidak memberi sisi manfaat pada kita, misalnya zakat yang fikirnya bakal merugikan kita, kita lari, menghilang dan pinggirkan.

Kita pilih sesuatu yang hanya memberi sumbangan pada kehidupan kita kini, bukan seterusnya.

Para lelaki mempertahankan hak berpoligami, kerana kepentingannya.
Para wanita menentang kewajipan menutup aurat, kerana perempuan ada hak dan kebebasan katanya.

"Mak aku takde, aku tak payah solat."
"Ah tak payahlah bagi duit kat pengemis tu, habiskan duit aku je."
"Saya lepas tudung kerana hidup saya pilihan saya."

Kita jadikan kehendak sebagai TUHAN.
Segalanya dilakukan bukan ikhlas tunduk pada Tuhan.

Ada satu hal lagi yang menarik untuk diamati.
Bila seseorang itu menunaikan solat lengkap, lidahnya pula tajam. Dia merasa solatnya sudah cukup untuk menempah tempatnya di syurga. Bila seseorang itu baik budi pekertinya, solat pula tidak. Sentiasa ada lopong, strategi syaitan, licik dan bijak.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tidak mengatakan ini semua bertujuan untuk menghukum, mengejek, atau menjatuhkan sesiapa yang berkenaan. Bahkan aku pernah melalui saat-saat itu, aku tahu untuk istiqamah itu susah, perlu waktu yang panjang. Kita tidak tahu kiri kanan setiap manusia itu bagaimana, persekitarannya, orang sekelilingnya, negatif atau positif, mendorong atau menjatuhkan, jadi untuk kita membuat suatu penilaian ke atas seseorang merely based on their physical is just something stupid to do. We need to stop this, sumpah aku cakap menilai seseorang itu melalui luaran adalah sesuatu paling bodoh untuk dilakukan oleh seseorang manusia, kerana kita punya akal. Kita sendiri punya satu benteng dimana kita menyimpan satu rahsia. Hanya kita dengan Tuhan; kata hati kita, naluri kita. Tapi kenapa kita tidak pernah mengerti? Bukankah kita dalam lingkungan spesies yang sama? Kenapa begitu sukar untuk kita diam sejenak untuk memikirkan apakah kata-kata kita itu mampu membunuh seseorang atau tidak?

Membunuh atau tidak?

"Sometimes people don't want to hear the truth because they don't want their illusions destroyed."


Kebenaran itu kadang bersifat menyakitkan, aneh, perit. Kadang meninggalkan senyuman dan juga goosebumps.

Apapun itu, kebenaran yang paling tidak mahu didengar banyak orang adalah kebenaran dalam kesakitan. Lagi-lagi jika kebenaran itu tidak kita punya daya untuk mengubah, yang ada hanya menadah tangan, bersimpul meminta belas.

Cukup disitu, lalu kita meletak seratus peratus penyerahan kepada Yang Berhak, dan terus merasa otak seakan penuh, dengan teori permasalahan. Bagaimana menyelesaikan? Bagaimana boleh terjadi? Bagaiman untuk lari dari hal-hal tersebut?

"Sepatutnya aku tak perlu tau pasal ni, buat sakit otak je."

Kalau ia punya jalan, cukup bergerak dan selesaikan. Namun jika jalannya luar dari batas seorang manusia? Diam dan doa sahaja jawabnya. 

Kebergantungan kita pada Tuhan itu cumanya sedikit, dan hari ke hari semakin sedikit hingga lama-lama terkubur dan mati. 





Tuhanku
tangisku habis
bagaimana mahu menangis?

Tuhanku
keras hatiku
kaku beku

Tuhanku
Ajarkan aku menangis, boleh?
Terurai, Reput, Pecah
Gabungan membentuk luluhawa
Dari insolasi, hidrolisis, pengoksidaan, pengkarbonan ke tindakan ibun
Kasihan batuan
Kajian tentang kehancuranmu
Giat dicoret pada kertas temanmu, pohon.

Alam, perlukah ku utarakan kata maaf?





Sebuah pohon, bersama dahan-dahan berpecah kepada beberapa lagi cabang dahan yang jauh lagi ke penghujungnya, namun tetap ada penghujung, dan masih boleh untuk ditumbuhi dahan baru, dalam kata yang mudah, tidak dapat kita jangka penghujungnya bagaimana dan bila. Tidak lupa pada dedaun yang tumbuh pada dahan-dahan, hijau atau kuning. Seiring dengan waktu, lalu ia gugur, dipijak kaki, ditiup bayu pagi.

Terbang tanpa hala tuju.

Benarkah hidup kita tiada arah tuju?
Bukankah yang menciptakan kita itu penuh dengan perancangan?
Hatta, sehelai daun kering yang berguguran juga kaya dengan iradat-Nya.
Penuh, dengan aturan-Nya.
Teliti dan Yakin.

Lalu; dahan dan dedaun itu mewakili gambaran;
Sebuah pandangan.
Bercabang, warna dan warni.
Berbeza, beribu warna sehingga tiada yang dapat dikumpulkan, dibukukan, menjadi satu naskah agung buat tatapan.
Tiada.
Kerana jika dihitung, akan tetap ada yang baru, yang segar dan bersifat terbuka.

Itulah sebuah pandangan.
Yang tidak layak digelar 'sebuah' kerana ia akan tetap tumbuh, berbeza ilham dan punca.

Maka, pandangan itu tidak akan pernah salah.
Setiap pandangan, bersebab.
Tiada yang salah dengan pandangan selagi kita menerima pandangan yang lain.
Akan tetap ada yang tidak sependapat denganmu, itu yang perlu kamu mengerti dan hadam.

Sebuah yang tidak sebuah,
kerana dalam dirimu juga terdapat sebuah yang sejuta.
"Semua kurniaan diberikan ketika kita benar-benar bersedia dan perlu."
//04:36PM, 18/9/17.


Ini tersangat-sangatlah tepat. Tiada yang lagi tepat daripada ini.
Banyak situasi sekeliling berkait rapat dengan pernyataan ini.
Diberi tika kita benar bersedia, tika kita dapat menerima dengan terbuka. 
Walau kadang kita rasa ini bukan saatnya untuk kita lalui, tetap yang tahu kemampuan kita itu Dia.
Bersedia atau tidak, keperluan atau kehendak, fikirnya hanya kita tahu.
Sedang dulu kita hidup sekurang-kurangnya lapan bulan tanpa tahu kewujudan nama.

"Kenapa kita takde barang A?"
"Kenapa Siti tak kahwin lagi?"
and the list goes on...

"Kerana kita belum bersedia."
Tersungkur mengejar solusi
revolusi mana lagi tak kita tempuh
sejak awalan suruh takafur di kasur
degil, degil, degil
degil aku kerana sawai itu kau
sedih aku kau henyakkan di pulau
ditemani astral, berubah dudukan
namun sayang, kasih ini tidak padam
kekal afdhal syabab tuju nirwana
bersama engkau.

Dua-dua menenangkan, dan kau cuma ada satu pilihan.

6:16PM, 2/9/17.
"Mengetahui tidak beerti memahami."

Direndahkan bagi aku adalah suatu hal yang paling tak patut wujud.  Perbuatan 'direndahkan' sangatlah merosakkan banyak benda sekaligus menghancurkan inti seorang manusia. Ia membuatkan kita merasa tak punya apa-apa, hina, kotor, malah merasa sampah itu lebih suci. Segala kerja bakal tergendala, fikiran melaut, angan, cita, dan impian menuju kehancuran, roh seakan tidur dalam ke-tidaknyaman-an, semangat menuju ke kelemahan, dan yang paling signifikan, direndahkan membuatkan kepercayaan dan jua kasih-sayang menjadi abu.

Kebelakangan ini banyak sekali aku dengar cerita tentang 'direndahkan'.

Dari seorang ibu kepada seorang anak,
seorang rakan kepada rakannya,
seorang kekasih kepada yang dicintai,
seorang anak kepada bapa,
dan sebutkan semuanya yang ada di bumi.

Setiap yang dilahirkan memiliki qalbu, Dengan hati, kita membentuk banyak perasaan. Gembira, marah, sedih, kecewa dan jua cinta. Hati juga boleh jadi bercahaya, gelap, sakit, hidup dan yang paling menghilangkan segala rasa adalah mati.

Di mana letaknya kesalahan kita?
Di mana letaknya perasaan kita?
Di mana letaknya akal kita?
Di mana letaknya hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik, 'Tidak lurus iman seseorang hamba hingga (lurus dulu) hatinya.'

Dan direndahkan tak akan wujud jika tiada istilah merendahkan.

"Ketahuilah di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Dan apabila rosak, rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah, itulah hati."

Sukacitanya aku ulangi, mengetahui tidak beerti memahami.

8:45-9:19, Ogos ke-29, 2017.

Related image



You were the first person who bought me a 'bedak sejuk' and taught me how to wear it,
You were the first person who taught me on how to swim,
You bought me a book which taught me on how to pray properly,
When my friends' father brought them to a playground, you instead brought me to a public library, which I've never regretted that. We would spend the whole day at the library, right?
Remember when I closely hugged your back when we're riding a motorcycle to a mini zoo, about 20 minutes away from our home?
And, when you felt really bad for hurting me because I was fighting with my youngest sister.
And, when you planted an aloe vera tree only because my face was burning back from parade contest.
I have never met someone like you as a father, who would say hi to my friends, being so friendly and sociable. Even my friends and teacher admit how steady you are. 
And, when we were laying together with other siblings in bed with you telling us stories about seerah of prophets (even rn, when I'm typing this, you're telling my youngest sister about Perjanjian Hudaibiyah).

And, when you always laughed at me because every day, at the same time, back from school, I would ask you, "Bonda masak apa harini?"

Do you remember when I said, "macam mana nak tarik balik doa?" because I was really afraid if she really will die because of my du'a. Then you said, "feel it with your heart, that you honestly don't want that to happen."
Do you remember when you always asked me to read the text in Jawi because you couldn't figure out what's the meaning of that sentence, and when you called my name to show me the du'a for students from your kitab.

I've never seen any of my friends' fathers who really cares about the way their children are eating, remember when you scolded me for opening longan's skin with my teeth even though you already washed them for seven times, and told me to open it with my hand, and the way I slowly laughed when you were showing directly on my face on how should I open it, even though that time I was eighteen years old. I know that already laaa dad. Hahahahaha.

"Membaca memang banyak, semua orang boleh baca banyak buku. Tapi pemahaman, ingatan seseorang tu berlainan," he said.

You would send me to anywhere I wanted to go,
You spend most of your time with me, from a young daughter until now, I'm being a teenager. 
You teach me a lot, from how to do my signature, to how to take care of my own heart.

But, why do I love mom more than you, dad?







Assalamualaikum. 

Belasan tahun, temui beribu karenah.

Apakah mataku seorang yang menyaksikan segala kucar-kacir ini?
Apakah diri ini seorang yang merasai semua ini dengan empati?
Apakah mulut ini seorang yang cuba melancarkan bait kata?

Bantulah mereka, tuhan.
Bantulah, walaupun hanya sekali dari seribu peluang mereka sedaya membantu jasad mereka sendiri.

 Long time no see....

-----------------------------

NEGATIVITY AND POSITIVITY.

Menjadi seorang yang negatif mengajarkan aku on how to be prepare for any consequences in the future. Sebelum buat Plan A, aku akan terlebih dahulu fikir apa patut aku buat kalau Plan A ni tak jadi. So, aku akan awal-awal buat Plan B and the thing goes on...that's how my negativity works.

Di setiap permasalahan aku, akan terselit sebuah pandangan yang negatif.

Contohnya, aku takkan boleh survive kat sana, jadi aku akan cari cara untuk back up diri sendiri bila aku betul-betul takleh survive kat sana.

Tapi, bukan semua mentaliti kita diterima ramai orang. Boleh jadi, kau setuju dengan satu statement ni, and at the same time, kawan kau tak setuju. Kita dibentuk dalam persekitaran yang berbeza, backgrounds yang berlainan, jadi tak pelik jika apa yang bergelut dalam otak kita pun berbeza. Kan?

Hari ni, aku belajar sesuatu. Kenapa tidak aku garapkan konsep positif dan negatif ni sekaligus dalam satu bulatan?

Sebab apa aku kena pakai dua benda (positivity dan negativity) ni sekali? Kenapa aku tak pilih je untuk jadi seorang yang positif instead of being a negative person?

Sebab negatif tu sebahagian dari sistem otak aku, boleh aku nak buang. But it takes time, dan aku juga mungkin akan berfikiran negatif bahawa aku tak dapat buang negativity ni dari diri aku? Em faham?

It's an act of freedom. The way we think, as long as it's not against the rule of our religions, I think there's no wrong.


Image result for tunnel tumblr

Aku boleh terima konsep positivity ni bila aku sedar yang positif ni bukan memerlukan kau untuk fikir perkara baik je. Tapi, positif adalah untuk menenangkan diri.

Menenangkan diri di saat kau tahu yang harapan tu macam sebuah sinar cahaya dihujung terowong, jauh namun tetap ada. Cuma memerlukan kau untuk berlari ke penghujung. Meski tidak berlari, kau masih punya pilihan, berjalanlah perlahan-perlahan. Jika tidak mampu juga, maka merangkaklah. Asal kau tetap bergerak. Gelap, kau rasa tiada arah tuju. Kau terfikir antara kiri atau kanan, ke mana kau harus pergi? Jalan mana satu... kau lupa yang kau ada jalan tengah. Jalan menuju ke hujung terowong. Merangkak secara luruslah, diselit dengan kalam memuji-Nya, dan menginsafi setiap jalan lepas yang telah kau tempuh, laluan yang telah kau lumat dengan air mata, semuanya berpunca dari sisi kiri kanan yang menganggu, padahal apa yang perlu kau lakukan hanyalah bergerak ke hadapan. Dalam melalui panjangnya terowong ini, kau hanya perlu mengikut peraturan, tiada persoalan. Kenapa perlu begini, ya tuhan? Kenapa mesti aku begitu? Kenapa?

Jalan sahajalah, jika kau tersasar, nanti turunlah bala, jika tidak, istidrajlah namanya.

Jangan berhenti berjalan. Aku menunggu di hujung terowong. Pada saat itu, harap tangan kita akan berpaut, meneroka satu halaman yang tidak pernah kita lihat sepanjang melalui terowong gelap ini.

Negativity and positivity, both of them have good in them. Macam kita, chill.

Jangan berhenti berjalan, sahabat.
Adios.



I still remember those days.
Bila dahaga dan juga lapar sudah tidak wujud
Nyenyak tidur? Sebuah gabungan aksara yang tak mungkin jadi kenyataan.
Badannya dibuka, bagaimana harus aku tenang?
Namun lupakah diri? Bahawa Semua Bakal Hilang.
Semua...
Kau, Aku, Dia.
Pagi ke malam, sudah lama ku tidak melihat mentari, kala itu.



Ah, aku suka tempat itu.
Malah cinta.
Manusia seakan terbang di dalam jubah putih.
Berjalan seakan tidak memijak simen.
Kita sama-sama dalam kegelisahan.
Dalam ketidaktenangan dengan kematian.
Berjuta-juta warga, ada harapan di dalam mata.
Bersinar-sinar, dan takkan pernah pudar.

"Adik keluar dulu boleh?"
Angguk. 

Terima kasih, Tuhan. 
Atas sejuta peluang.
Peluang berbakti, 
Peluang menemani,
Peluang berkata-kata,
"Aku sayang dia, aku tak mahu kehilangan dia."
diam
kotak suara disuruh diam
aku memberontak dalam diam

diam lagi
dengarkan saja
turutkan saja

jangan melawan
nanti ditahan

kotak ini mulai retak
mendidih dalaman
aku mahu keluar
lari bersama lampu kota
melihat dunia yang nista
digenggam cita-cita
jua cinta

lalu apa fungsi bibir ini?
bila hanya disuluh dan lihat?
dilarang membuka pekung,
aku mati dalam kata.

AKU MATI DALAM KATA!


6:13PM//27/5/2017/SABTU.
terselit diantara dua tulang
aku sialan kau bilang
memilih langsung tiada dalam pilihan

yang ada hanya aku dihimpit hancur dalam ketidakredhaan
atau
tulang-temulangku retak dalam senyuman

ikhlas jua tidak

itu sahaja yang ada buatku
itu sahaja peluang agung


----------------------------------------------------

negativiti, positiviti
tergaul dalam sebuah tempurung
ditekan oleh arus provokasi
kau jadi halusinasi

bangkit katanya
meski tulang otot hilang lama

bangkit lagi katanya
meski sudah separuh nyawa

bangkit dan terus bangkit katanya!

tambahnya lagi;
kebangkitan itu bermula dari dalam
jiwa dan nyawa; bila masih punya.
tanpa pergerakan pun kau perwira.

Mei ke-27, 2017, Hari Pertama Ramadhan.


berada di tengah-tengah paksi
antara kenikmatan dan ketulusan
dia mendongak langit
hanya di situ sahaja haluan tengah 
yang tidak memilih dia untuk berfikir

apabila titis hujun turun
mulutnya luas ternganga
mengalir ke dalam rengkungan esofagus
menjadi cecair pencernaan

sedang kiri kanannya terselit dua pilihan
kenikmatan jua ketulusan menanti jawapan

hal tersedih adalah; 
dimana dia tetap memilih dangkal 
tidak sesekali dia mencuba berakal

maka hingga kini;
mulutnya luas menganga 
dan dia tetap berada di tengah paksi itu
beku dan sejuk.

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."
―Fussilat : 34.



Assalamualaikum.

Soalan ni macam tiba-tiba hadir tanpa diundang; "Apa yang telah aku lakukan hari ini?"

Tolak tepi dulu hal asas lain, masuk bab akhirat kejap. Aku terfikir apa yang telah aku buat hari ni selain dari perkara wajib atas aku? Aku boleh nampak dengan mata dan hati aku sendiri yang seharian aku cuma diisi dengan solat fardhu. Amalan sunat sangat sikit walaupun aku ada banyak masa.

Solat fardhu tu pun belum tentu sempurna, belum tentu Allah swt terima. Apa perkara sunat yang aku dah buat untuk backup kekurangan dari benda wajib yang aku dah buat? Supaya pada akhirnya, timbangan aku seimbang kelak.

Ada beberapa asbab benda ni jadi pada diri aku. Aku dekat sini bukan untuk hanya menyatakan masalah atau benda yang menyerabutkan aku, sebab salah seorang dari kawan aku pernah kata; "Berhenti ulang masalah, sebab apa yang perlu kita buat sebenarnya adalah cari penyelesaian."

Tapi nak jugak aku disini untuk nyatakan faktor masalah ni sebab bagi aku, puncalah sebenarnya yang patut kita fokus dulu, sebab punca adalah akar umbi, dan bila sesuatu punca negatif (baca: malas) tu berubah menjadi punca yang positif (baca : rajin), secara tidak langsung benda tu akan affect gaya hidup dan pemikiran kita.

1- Mungkin sebab aku tak ada 100% ketakutan untuk mati, mungkin hanya 50%, tu pun bukan ketakutan pada mati, tapi takutnya aku kalau aku mati bukan dalam keadaan yang umat Islam idamkan. Mungkin jugak aku rasa mati tu lambat lagi, masih muda, boleh enjoy. Nanti dah tua sikit, aku insaflah...

2- Mungkin sebab aku tak letak 100% kepercayaan tentang dosa pahala. Maksud aku, aku percaya dosa pahala tu wujud, topik ni dalam bab aqidah, benda asas dan wajib untuk percaya. Tapi mungkin ketakutan atau kepercayaan aku terhadap benda tu tak cukup kuat.

Okay, cuba bayangkan.

Kau masuk Pertandingan Siapa Kutip Sampah Paling Banyak, hadiahnya 1 juta Ringgit Malaysia, kau mesti akan cari sampah kat mana sekalipun, supaya markah kau dapat banyak berdasarkan jumlah sampah yang kau berjaya cari, dan akhirnya kau dapat 1 juta tu dan kau boleh goyang kaki hidup senang-lenang 7 keturunan. Atau kalau sampah yang kau jumpa tu tak menepati target kau, sebab kau tengok peserta lain sampah diorang lagi banyak, kau mesti cari cara, kau tak boleh biar orang lain melangkah satu langkah maju daripada kau, kau mungkin akan hasilkan sampah sendiri, so jumlah sampah kau bertambah.

See?

Kalau aku betul-betul 100 percent percaya dengan kewujudan dosa pahala, aku mungkin akan cari pahala, kalau takda, aku akan cari cara lain untuk dapat, melalui sedekah dan sebagainya. Tapi jarang kita nak berlumba untuk dapatkan pahala, padahal ganjarannya lagi besar dari RM1 juta. Sebab apa? Apa puncanya? Sebab kita kurang percaya dan takut.

Ah, teringat pulak aku dengan satu perbualan dengan ayah mungkin sekitar sembilan tahun dulu. Time tu bulan ramadhan, dan of course aku ada tinggal puasa disebabkan rasa dahaga yang dibuat-buat macam dah nak mati balik dari sekolah.

Ayah: Sayang Allah swt tak?
Aku: Mestilah sayang.
Ayah: Kalau sayang, kita takkan tinggal puasa, solat dan benda wajib lain, sebab kalau betul-betul sayang, kita akan buat apa yang Dia suruh. Kita takkan tinggal.

Sebab hakikatnya, sayang aku tak mencapai level tertinggi dan dengan izin Allah, aku akan terus mendaki.

Last words―
Tuntunlah aku ke Gunung Uhud,
Buat bertemu Ahad.

Doakan aku. Sorry.
AYAT CINTA DARI TUHAN.

Tahun 2030.

Imaginasi adalah sebuah kota fantasi. Rekaannya cukup indah dan kadangkala menggerunkan. Dilukis melampaui had batas fikir manusia, seperti rama-rama yang berjalan dan sayap hanya sebagai perhiasan. Kota ini terletak di ruang ghaibnya sendiri. Khusus, mungkin di dalam kepala atau di dalam si retina. Mungkin juga di dalam mimpi-mimpi. 

Menggambarkannya cukup sukar kerana yang namanya imaginasi itu tidak dapat dilukis atas sebuah landskap, tidak berupaya diterjemah lengkap melalui butir-butir aksara. Imaginasi adalah sebuah kota rekaan, di mana televisyen dan jalan raya itu tidak wujud. Di mana yang ada hanya seorang pereka dan padang pasir luas, yang tandus dan gersang. Lalu kau sebagai pereka itu diberi sebatang lidi, maka kau ukir sebuah ukiran menembusi pepasir itu. Terciptalah sebuah coretan mengikut imaginasimu. Menarik bukan?

Cebisan dari Buku bertajuk 20 Ceritera hasil karya salah seorang dari dua puluh penulis itu ditutup rapat kembali. Arwa tersenyum. Dia membelai buku itu lembut.

"Menarik," dijawabnya.

---------------

Tahun 2015.

"Assalamualaikum, Ikram Publication disini, Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Waalaikumussalam, stok buku 'Kembali Pada Tuhan' di Kedai Buku Imam sudah habis dibeli orang. Saya ingin memesan lagi."

"Akan mengambil masa sedikit encik, kerana pihak kami sedang uruskan cetakan ke-5. Jika sudah selamat siap, saya hubungi semula ya."

Ganggang telefon dihempas perlahan ke tempat asalnya seperti kaki kita yang layaknya berpijak di tanah, dan tidak mungkin diterbalik ke langit.

Getus hati kecil Sabri mengulang-ulang bait kata memuji tuhan, Alhamdulillah... Alhamdulillah... murah rezeki. 

Hampir beberapa jam menghabiskan tenaga menguruskan Ikram Publication, setelah kesemua pekerja telah pulang ke kediaman masing-masing, tiba masanya untuk Sabri pulang. Sebelum itu, disinggahnya sebentar bersolat menadah tangan pada tuhan memohon barakah buat dirinya dan segala usahanya. Usai siap menghambakan diri pada yang esa, diduduknya bersila lalu terbukalah sebuah kitab suci Al-Quran di hadapan tubuhnya. Mengajilah dia disitu dengan penuh keikhlasan.

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."

―Surah Al-Hadid, ayat 18.

Sabri mendongak dari sekian lama menunduk membaca ayat-ayat cinta dari Allah swt, tuhan yang sudah sekian lama disembah. Surah Al-Hadid, ayat 18. Ada satu pesan yang ditinggalkan oleh ayat murni itu pada jantungnya supaya lebih keras bekerja. Tanpa disedar olehnya, bahawa degup jantung makin kencang.

Sejak akhir ini, dilihat kiri kanan sisinya betapa banyak makhluk yang ditimpa kesusahan sedang dia enak berbantalkan kemewahan dan kebebasan. Dia berhempas pulas tenaga atas dasar minatnya, usahanya itu atas dasar kerelaan hatinya. Dia gembira mengerjakan tugas-tugas ilmiah ini, Syarikat penerbitan yang ditubuhkan ini banyak menyumbang jasa pada minda pemikiran masyarakat dunia hari ini. Meski ratusan tahun lagi, karya-karya mereka akan tetap ada di tangan-tangan mereka, kerana tulisannya berbaur emosi dalaman, keikhlasan menjadi sebuah titik tolak untuk mencoret setiap bait kata. Maka, karya agung mereka akan tetap hidup. Meski dilupus sekalipun, isinya akan tetap tersemat hidup pada diri pembaca.

Tapak kaki menginjak hamparan jalan tar menuju ke kereta. Rumah Sabri, cukup saja lima belas minit, sampailah dia. Perjalannya malam itu lain dari hari yang kemarin dan hari yang lepas-lepas,

Jendela kereta diturunkan.

Matanya meliar, dilihat pengemis mengemis, tampak sihat saja. Tidak pernah dia menghulurkan dua tiga sen, apatah lagi not berpuluh-puluh. Padanya, pengemis itu tidak lebih kerjanya dari mengira di malam hari wang-wang kertas dan syiling-syiling besi yang didapatinya pada siang hari. Satu suara dari dalam kepala berbisik, "Usahalah manusia, apa dengan duduk bersila di jalanan kau bisa kaya?"

Perjalanan yang hanya mengambil kira-kira lima belas minit menjadi setengah jam. Telah pulang dirinya dan beristirehatlah dia dengan penuh perasaan serba salah.

Keesokannya, ketika itu hari sedang tengah hari, bayangan matahari tepat berada di atas kepala. Sabri yang berada di meja kerjanya termenung panjang, fikirannya melayang-layang. Rezekinya perlu dikongsi, mahu diberi pada pengemis-pengemis di jalanan, tidaklah dia mahu, bahkah itu pilihan terakhirnya mungkin. Perkongsian itu akan mengajar mereka itu supaya hidup dalam kemalasan, dan tiada usaha. Makin menggalakkan aktiviti mengemis saja fikirnya.

Mahu berkongsi lebih pada pekerja-pekerjanya, mereka itu sudah terlebih gaji. Ibu bapanya pula telah lama pergi, kerabat-kerabat terdekat juga dia tidak punya. Sebatang karalah si Sabri itu ditemani buku-buku.

Salah seorang pekerjanya dilihat sedang menulis sesuatu, mungkin mengemaskini borang pesanan.

Dia mengalih pandangan ke jari jemarinya. Sudah semakin kasar, tanggal 30 tahun juga makin lama akan bertukar angka ke 31 tahun. Hembusan keluhan panjang tersisa dari mulutnya. Ada sebab-sebab yang meninggalkan kesan pada hatinya, dia mahu memberi tetapi pada yang betul-betul memerlukan, pada yang berusaha mencari, bukan pada yang hanya tahu meminta dan terus meminta. Agaknya kerana masa mudanya itu dekat dengan namanya berusaha. Dia bermula dari picisan, akhirnya dia juga punya cita-cita buat jasadnya berakhir di syurga.

Namun syurga itu harganya mahal, perlu ada yang dikorbankan untuk berakhir di syurga. Semua manusia perlu menyedari akan hakikat ini, bahawa untuk dapatkan sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu. Untuk adanya sesuatu, kadang akan ada yang perlu hilang.Untuk dapatkan sesuatu, akan ada yang perlu diketepikan.Untuk kehadapan, kadang akan ada yang perlu ditinggalkan kebelakang.
Persis samanya untuk lihat pelangi, kau perlu lalui hujan dan ntuk menjadi rama-rama, terlebih dulu kau perlu jadi beluncas.

Maka, terciptalah sebuah idea bernas di hujung-hujung sudut fikirannya.

"Ain, sila datang ke pejabat saya sekarang."

-----------------

PINTU-PINTU REZEKI.

Sedang leka Ismail meneliti syarat kelayakan sebuah Pertandingan Mencari 20 Penulis yang dianjurkan oleh Ikram Publication pada skrin komputer ribanya. Syaratnya ringkas, terbuka pintu rezeki pada yang ikhlas mencoret bait-bait kata berkisar soal kehidupan, bakal penulis semestinya tidak kurang dari 17 tahun. Tujuan pencarian utamanya untuk mengubah persepsi insan-insan bernyawa tentang kehidupan yang dianggap sebuah proses yang kejam dan merumitkan. Pintu rezeki itu ada pada yang mencari, berusaha dan memulakan langkah.

Bunyi rengekan anak kecilnya yang berusia lima tahun itu terdengar di suatu sudut.

"Arwa sayang... lapar ke?"

Arwa, memberi makna kesyukuran dan kecantikan. Alis hitam melengkung, mata bundar memberi cahaya umpama bintang, tidak lupa hidung dan bibir mungil sempurna tiada bandingan. Kulitnya kuning langsat. Redup.

Rengekan Arwa terhenti.

"Maaf bang, saya ke tandas sebentar tadi,"

Demikianlah bunyi kata-kata isteri yang amat dicintai Ismail, lembut dan sopan. Berserta senyuman dia ajukan kata-katanya. Damai saja melihatnya. Kerana bagi mereka berdua, cinta itu adalah sebuah kewajipan bukannya perasaan yang bisa kita lepas atau simpan sesuka hati, lebih-lebih lagi apabila terikat sudah cinta itu dengan tali perkahwinan, seperti sebuah bahtera yang diberi tanggungjawab pada seorang kapten, selaras dengan anggukan kapten tanda bersetuju memandu bahtera, maka tersandarlah suatu beban dan kewajipan di bahu kapten tersebut.

Ismail mengangguk pada isterinya, Saleha. Dia hendak mengambil Arwa dari ribaan Ismail. Namun ditegah sang isteri itu untuk berbuat demikian.

"Biar saya riba dia, awak duduklah disebelah saya ni."

Setelah melabuhkan punggung, terpandang Saleha pada skrin petak bercahaya dihadapan suaminya itu.

"Abang berminat?"

"Begitulah perkiraan saya, Leha. Akan ku mencuba nasib," katanya terselit senyuman.

------------------------

Air Mata Yang Jatuh.

Pada hari pertama, dua bulan setelah dianjurkan sebuah pertandingan menulis itu, terimalah Sabri dan beberapa juri dalam kalangan penulis terkenal di bawah Ikram Publication beratus-ratus manuskrip dari penduduk negara membangun ini. Bertimbun helaian-helaian putih bertinta hitam di atas meja untuk ditelaah oleh mereka.

Saringan semestinya perlu giat lagi dilakukan, kerana peserta melebihi lapan ratus sembilan belas orang. Ah, siapa saja yang tidak mahu menjadi anak buah di bawah Syarikat penerbitan itu, untungnya lebih mulayan daripada syarikat penerbitan lain. Sudah dikenal Ikram Publication itu dengan karya-karya tinggi bahasanya, elok idea-ideanya, dan ramai peminatnya

Dari lapan ratus sembilan belas cerita pendek, satu persatu disingkir. Tinggal lagi lima ratus, maka yang lima ratus itu berubah angka menjadi tiga ratus, hari berganti hari, siang bertukar malam, lalu malam bertukar siang kembali, tinggallah dua puluh lima karya lagi untuk saringan terakhir.

"Lima lagi yang hendak ditolak ini, biar saya yang pilih," kata Sabri pada juri-juri lain.

Yang satu ini, berkisahkan kehidupan seorang kanak-kanak yang hidup bersama ibu dan adik kecilnya, tiada rumah untuk dipunya, lenanya juga di dalam van kecilnya saja. Pepatah 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' sesuai yang amat dengan karya yang satu ini.

Yang kedua ini pula, berkisahkan kehidupan seorang penagih dadah yang tersekat pada dua jalan, yang kiri atau kanan, jika dia terbabas, maka punahlah hidupnya. Berhenti atau tidak, jika berhenti, maka habislah keluarga dibunuh orang atasan yang menjual dadah itu. Lalu jika pilihan untuk tidak berhenti itu dipilih, rosaklah hidupnya, pada nerakalah tempatnya kelak.

Yang seterusnya ini pula, berkisar tentang hidup seorang homoseksual. Dosa apakah ini tuhan tanya penulis itu, aku tidak meminta dijadikan begini, fitrahku sudah dari awal terpesong sebegini rupa. Dibuang keluarga, jijik mereka melihatnya. Walhal bagi penulis, ujian yang dihadapi watak ciptaannya itu adalah sebuah ujian bagi keluarganya, bukan semata-mata bagi dirinya.

Dari lapan ratus sembilan belas cerita pendek tersebut, hanya lima puluh yang meresap dan dirasakan Sabri mereka itu menulis sudah pasti dengan hati yang asyik. Ghairah menterjemah bahasa hati ke bait kata-kata yang bisa dibaca.

Seterusnya dibacalah lagi dan lagi lebihan manuskrip itu, sehingga matanya terlelap di atas timbunan kertas itu.

Lalu setelah berbulan-bulan berurusan, tercetaklah cetakan pertama sebuah naskah bertajuk 20 Ceritera yang ditulis oleh dua puluh orang penulis dengan hati.

-----------

Air mata Saleha jatuh.

Benarlah air mata itu tidak mengenal tempat. Jika mahu jatuh, maka jatuhlah ia. Meski dirantai dengan rantaian emas-emas, atau tidur beralaskan intan permata. Bahkan burung-burung yang bersiul itu punya kesedihan apabila anaknya diburu pemburu. Gembira mana pun seorang manusia itu, kesedihan itu masih ada dalam dirinya, tersimpan dalam-dalam, mungkin bercampur dengan darah-darah yang mengalir dalam tubuhnya.

"Bukankah karya ku itu berkisar tentang kegembiraan hidup? Kenapa jatuh air mata mu Saleha?" Tanya Ismail pada isterinya yang satu itu.

"Tidaklah bang air mata ini jatuh tentang sebuah cerita yang bahagia, air mata ini jatuh kerana ini," ucap Saleha sambil menghulurkan naskah yang diselit jarinya pada muka surat terakhir naskhah itu kepada suaminya. Ismail mencapai dan dibaiki kedudukan kaca matanya.

Selang beberapa minit, seketika setelah itu, berkatalah Ismail pada Saleha.

"Wajarlah engkau menitiskan air mata, sungguh sukar apa yang dilalui watak itu."

"Kita keluar makan diluar saja hari ini, persiapkanlah diri mu dan Arwa, kita ke sebuah restoran yang baru dibuka kemarin," arah Ismail sambil mengukir senyum ikhlas.

Setelah tiba, meja dipilih di tengah-tengah kesibukan Restoran Al-Bait itu, seorang pelayan kanak-kanak lelaki menghampiri meja

"Makan apa?" soal pelayan muda itu ringkas. Mengikut perkiraan, kira-kira sepuluh tahun begitulah usianya. Kecil dan berusaha pelayan itu, Ismail menghulurkan not merah kepada pelayan muda itu sebagai simpanan. Ditolak lembut tangan Ismail, dan tersenyumlah dia untuk seketika sebelum beredar.

Laparnya fizikal sudah diisi mereka, maka lekas pulanglah mereka dan moga akan tertunailah lapar rohaninya pula. Usai siap bersolat, Ismail menghulurkan tangan untuk disalam Saleha.

Di lain sudut, nyenyak Arwa sedang tidur beralaskan bantal dan tilam lembut.

"Enak juga sate tadi kan bang? Kuahnya pekat, satenya rangup," tegur Saleha usai menyidai telekung.

Ismail mengangguk kemas.

"Inginkah engkau mengetahui sesuatu?"

"Apa itu, bang?" jawab Saleha.

"Kalau diberi roti keras pada penduduk di Myanmar, pasti ditelan dengan gelojohnya. Pasti enak bagi mereka roti keras itu kerana terkadang keenakan sesebuah makanan itu bergantung pada kondisi perut kita. Penuhkah atau kosongkah. Jika kosong, maka rumput juga kita kata sedap. Kalau kenyang, tidak dapat disumbat lagi, makanan berempah termahal di dunia juga kita kata kurang enak. Kerana muak, tidak dapat diisi lagi perut penuh itu."

"Semuanya benar belaka kata-kata mu itu, bang. Semampu kita perlulah diiringi ucapan Alhamdulillah itu agar penuh perut dan hati kita dengan imam."

"Alhamdulillah," balas Ismail sambil kedua telapak tangan mengusap wajahnya.

-------------

Tiga tahun seterusnya...

Setelah berpuluh-puluh bulan purnama telah berlalu, maka naik lebih tinggilah nama Ikram Publication, lebih senanglah kehidupan si Sabri dan kehidupan lagi dua puluh orang penulis buku 20 Ceritera yang diterbitkan tiga tahun lalu atas penerimaan royalti dan anugerah dari pihak atasan.

"Abdul, tolong saya uruskan cetakan ke-25 buku 20 Ceritera."

"Baiklah." Ringkas saja jawab si kerani itu.

Meski setelah tiga tahun di pasaran, hampir sejuta sudah naskhah tersebut dicetak dan terjual. Bahkan ada juga diterjemah ke bahasa inggeris dan russia. Karya agung itu dari hari ke hari menjadi fenomena, malah ada juga satu atau dua cerita pendek dari naskhah itu yang katanya dilamar untuk diadaptasi menjadi filem-filem. Inilah padahnya jika menulis melalui hati, maka dapat dirasalah pembaca dengan hati tulisan itu. Dua puluh jalan cerita dicoret berkisarkan kehidupan sekeliling, ada yang soal cinta, soal keluarga, soal haiwan, soal teknologi, soal agama, dan banyaklah lagi kerana pada akhirnya, ini semua mencorakkan kehidupan. Kehidupan kita dan lagi dua puluh penulis.

"Hadiah apakah ini tuhan!" Kata Sabri.

--------------

GABUNGAN DUA PULUH PENULIS.

Tersusun rapi empat belas buah buku pada rak buku kayu yang hanya diisi dengan dua puluh empat buah buku itu, malah ditepi-tepinya juga ada lagi kira-kira lima rak buku pelbagai saiz. Di rumah yang indah-indah, dan aman disertai pohon-pohon bunga yang subur mekar, jika tiada tempat mengisi buku-buku, maka indah itu terbuang sahaja. Begitulah tanggapan Ismail dan Saleha.

Ditangan Ismail terletak sebuah buku 20 Ceritera cetakan ke-25. Namun kali ini, muka depan naskah itu berubah, kata penerbit, mahu dipelbagai. Karya yang menjadi fenomena itu diletak bersebelahan buku yang ke-24.

Tiga tahun sudah berlalu, marilah akal si Ismail itu, difikirnya dua puluh tajuk cerita pendek terisi kata-kata tidak bernyawa itu berupaya dikumpul dalam satu naskhah, tiada aral melintang, dapatlah kiranya dikumpulkan dua puluh orang penulis itu di suatu tempat, lalu bersua muka berkongsi cerita. Alangkah gembiranya sekiranya dapat meraikan kejayaan yang satu ini bersama-sama.

"Assalamualaikum Encik Sabri, saya Ismail salah seorang penulis buku 20 Ceritera, ada yang mahu saya perkatakan."

"Waalaikumussalam, silalah Encik Ismail. Katakan saja."

-------------------

Setelah berminggu-minggu si kerani menghubungi dua puluh orang penulis itu, dan membuat kata putus, maka berlangsunglah sebuah pertemuan di sebuah restoran, lalu telah dikhabarkan Sabri kepada mereka-mereka bahawa penulis yang satu itu telah tewas dari penyakit kansernya beberapa bulan sebelumnya. Maka ditadahkanlah tangan mereka memohon keampunan bagi diri dan salah seorang penulis yang telah menghadap ilahi itu.

Mendengarkan khabar itu, Ismail terdiam dan memandang kesemua wajah penulis.

"Encik Sabri, tapi kenapa yang ada hanya lapan belas orang? Hal apakah yang menghalang salah seorang dari kita itu untuk meraikan kejayaan ini bersama?" Tanya Ismail dengan muka yang penuh mengandungi soal.

"Yang satu itu dari dulu tidak ingin dikenali, saya saja diminta agar dirahsiakan maklumat tentangnya. Awal-awal saja saya berhubung dengannya melalui e-mel."

"Oh begitu hakikatnya teman kita yang seorang itu, nama penanya apa?"

"Wafi Kusyairi."

Lain pada itu, bersambunglah sembang-sembang mereka, awalnya berisi basa-basi dahulu, lalu tenggelamlah bual itu tentang rencana ke depan, ditanya bakal menulis karya barukah mereka itu, banyak hal lagi yang dituangkan mereka setelah itu.

Oleh kerana merasa senang mereka semua itu dengan perjumpaan kali ini, diajukanlah sebuah cadangan oleh salah seorang penulis perempuan, muda dan cergas dengan tudung bewarna putih krim, kira-kira dua puluh usianya, bolehlah jika sekiranya hasrat dia yang satu itu ditunaikan. Hasratnya berbunyi, jika ada kelapangan masa dan peluang, dapatlah kiranya diadakan perjumpaan sebegini tiap-tiap tahun. Bawalah sekali kaum kerabat iaitu anak dan juga suami isteri masing-masing. Dapatlah mereka mengenal dan bersua muka, banyak faedah dari buruknya.

Tanpa apa-apa pertimbangan dan membuang faktor-faktor picisan lain, Sabri mengangguk dan tersenyum tanda hati dan akalnya bersetuju. Begitulah seperti yang diuar-uarkan bahawa dalam proses memilih sesuatu keputusan, kita bakal didesak oleh sekeliling, tidak kira didesak keluargakah, persekitarankah, tingkah laku manusia itu sendirikah, namun satu desakan yang paling teratas dan bakal menjatuhkan desakan-desakan lain sudah semestinya desakan akal dan hati. Kerana jika akal berkata tidak namun hati berkata ya, maka itu adalah sebuah desakan yang maha dahsyat. Bertempurlah kita memilih pilihan yang bakal mencorakkan setiap detik saat kita pada hari-hari yang mendatang.

Demikianlah itu malam tawa yang dikongsi mereka, usai siap dan hari sudah semakin larut malam, beredarlah mereka ke kediaman masing-masing. Sudah itu hakikat hidup ini, dimana berada pun kita dalam dunia ini, diingat dan sematlah istilah asal-usul itu kemas-kemas di dalam hati, merantau ke celah-celah dunia sekalipun, ingatlah kaum kerabat di desa, apa kenyangkah anak-anakmu di rumah, gundah gulanakah isterimu di rumah mengingatkan keadaan dirimu itu. 

------------------

Esok harinya pada waktu pagi, dibawalah Saleha sedulang berisi air hitam pekat bersama kuih-muih buatannya, sementara kuih-muih itu disiapkan, Ismaillah yang bermain-main bersama anaknya, Arwa. Tiga tahun itu berlalu dengan sungguh pantas, besar sudah anaknya itu, cerdas dan cergas. Usianya sudah mencecah lapan tahun mengikut perkiraan.

"Bagaimana pertemuan itu, bang? Hadir semuakah kedua puluh penulis?" Tanya Saleha lembut dan santun sambil menuangkan air kopi itu ke dalam cawan putih bermotif bunga-bunga indah. Persoalan itu tidak sempat diajukan olehnya usai Sabri pulang dari perjumpaan itu, jadi buat kesempatan santai inilah peluangnya buat bertanya-tanya.

"Seorang sudah tewas pergi menghadap ilahi akibat kanser, yang satu lagi tidak mau dikenali, kiranya lapan belas penulis saja yang hadir, tidak dicampur Encik Sabri dan beberapa anak buahnya, baik-baik saja pertemuan itu, " dijawab persoalan-persoalan Saleha dengan muka yang manis amat.

"Innalillahiwainnailaihirojiun... begitulah lumrahnya kehidupan," ujar Saleha dengan pandangan yang sungguh redup. Disambungnya pula, "yang mana satu yang tidak mau dikenali itu bang? Katakanlah padaku, kerana mengikut perkiraan, ada asbab dan musabablah kenapa yang satu itu tidak mau dikenali, mahulah ku baca sekali lagi karyanya."

"Itu... yang nama penanya Wafi Kusyairi."

"Bait-bait syahdunya itulah yang membuat tangisku wujud tempoh hari, bang."

"Apa benar itu Leha? Mungkin juga karyanya itu separuh dari kehidupan aslinya, maka tidak mahulah dia menonjol diri, kerana kelemahan dan kekurangannya telah dia terjemah pada buku itu,"

"Mungkin juga, bang."

----------------------

TAKDIR APAKAH INI TUHAN?

Tahun 2029 - Setahun sebelum tahun 2030.

Saat berganti saat, minit laju berlari, jam tidak punya nafas untuk dihembus, Isnin terus bertukar selasa, bulan juga tidak kurangnya, tangkas sungguh berlari, tahun pula terlihat bertukar angka dalam sekelip mata.

Berusia empat belas tahun sudahlah karya berjudul 20 Ceritera itu, yang asalnya dua puluh penulis, kini tinggal dua. Itulah yang menghantui diri Ismail sejak akhir ini setelah menerima berita seorang lagi penulis telah tewas dan kembali ke 'kampungnya' akibat sebuah kemalangan jalan raya tempoh lalu. Begitulah hakikat kehidupan, nenek moyang kita, Nabi Adam as dan juga isterinya diperintah untuk turun dari 'kampung asal' ke bumi, angkara melanggar arahan, lalu turunlah mereka dan pada akhir riwayat, setelah berusaha mereka itu semampu mungkin berbuat baik dan menggapai keredhaan-Nya, maka syurgalah tempat mereka kembali, ke kampung asallah mereka pulang. Indah pengakhiran orang-orang soleh dan beruntung itu.

Ismail sering kali mempersoal takdir ini, kenapa mendadak sekali mereka-mereka itu pergi, yang tinggal kini hanya dua orang; dia dan Kamal. Satu lagi yang namanya Wafi Kusyairi itu masih juga tidak dia kenal. Apa masih punya nyawa atau tiada. Kerap juga dia termimpi-mimpi tentang kenapa mendadak pergi sekalian penulis itu. Saleha, isterinya juga turut buntu dan risau melihat keadaan cinta hatinya itu, makan saja termenung, minum juga termenung. Buntu dirinya.

"Itu sudah aturan tuhan, bang. Lebih baik tidak dipersoal, hal inilah yang akan menuntut kita untuk lebih sabar, dan percaya akan ketentuan-Nya," kata Saleha sambil mengurut-urut bahu Ismail.

Diam saja Ismail itu mendengar perkataan Saleha.

Pemahaman tentang takdir ini sebetulnya wajarlah didalami manusia tidak kira agama, kerana takdir itu adalah suratan tuhan, tuhan berbuat demikian itu dan ini, ada iktibar dan berjuta hikmahlah disitu. Konsep takdir itu juga puas sudah menjadi topik hangat perdebatan dan pertanyaan banyak orang, namun masih saja rakyat tidak arif tentangnya. Dalam Islam sekalipun, takdir itu ditaruh pada golongan hal teratas, iaitu dalam bab Aqidah, kerana Qada' dan Qadar itu merupakan bahagian daripada apa yang perlu seseorang muslim itu beriman dengannya.

Maka, pemahaman akan takdir ini sangat penting, sebab, pemahaman akan takdir inilah akan mencorakkan sikap dan arah tuju seorang muslim terhadap berbagai hal yang terjadi selama hidupnya. Ulama-ulama juga ramai yang membahas konsep takdir dalam naskhah-naskhahnya. Disebutkan dalam buku Pengajaran Agama Islam karya HAMKA, bahawa arti Qada' itu adalah aturan, sedangkan Qadar adalah ukuran. Hakikatnya, semua hal yang terjadi dalam dunia fana ini, tunduk pada sebab-akibat, bahkan kematian, rezeki, dan jodoh pun tunduk pada hukum ini. Disebut juga oleh penulis agung itu dalam bukunya bahawa hukum sebab-akibat inilah yang kemudiannya disebut sebagai Sunatullah, aturan Allah. Itulah Qada'.

Dan inilah yang Ismail kurang, iaitu pemahamannya tentang takdir.

"Arwa pulang!" Bunyi suara Arwa lah yang memecah sunyi mereka berdua, si isteri dan si suami. Begitulah anak, bagaimanapun sikap dan teletahnya, jika tiada, pasti sunyilah istana keluarga.

"Sudah makan?" tanya Saleha pada satu-satunya cinta hati yang mereka punya. Jikalau dulu sempurna wajahnya Arwa itu, makin membesar sudah pastilah makin cantik dan jelita. Mukanya bulat penuh, kulitnya putih kuning.

"Sudah, ayah bagaimana? Semakin membaikkah?"

"Demamnya tidak surut-surut," jawab Saleha.

Tubuh Arwa berpaling pada ayahnya, menujulah dia ke arah ayahnya itu lalu dipegang erat tangan kasar itu.

"Kadang hal terbaik yang kita boleh lakukan adalah tidak berfikir, dan tak perlu membayangkan apa-apa melainkan kita harus percaya semuanya bakal terus berjalan, nadi kita akan terus berdenyut, nafas kita akan terus terhembus, jantung kita akan terus berdegup meski yang lain telah pergi, ayah. Terimalah, dan jangan dipersoal," pujuk Arwa panjang lebar. Matanya masih tidak lengkang menatap
tubuh lesu ayahnya.

"Bolehkah kiranya ayah ada permintaan?"

"Nyatakan saja ayah."

"Wafi Kusyairi...  boleh Arwa cari tahu hidup lagikah dia?"

"Wafi Kusyairi....? Salah seorang penulis buku itukah ayah?" Tanya Arwa, dia kenal amat dengan nama itu, terukir indah di balik cerita terakhir dalam naskhah yang telah mencecah cetakan ke-40 pada tahun 2029. Arwa tidak asing lagi dengan nama itu, dia dibesarkan dengan cerita-cerita dari buku itu, meskipun ada nukilan kisah yang agak berat buat dirinya, namun yang paling terkesan dan syahdu sudah semestinya jatuh kepada kisah yang ditulis oleh Wafi Kusyairi, seorang penulis yang tidak dikenali sesiapapun.

Ismail mengangguk kemas.

Tok! Tok! Tok!
Pintu diketuk bertalu-talu.

Saleha bingkas bangun dari kerusi kayu jati mengarah ke pintu utama.

"Silakan masuk," sambut Saleha sopan dengan senyuman.

"Terima kasih, dimana suamimu?"

"Di dalam, jemputlah masuk, mari saya tunjukkan."

Berjalanlah mereka berdua menuju ke tempat istirehat Ismail.

"Assalamualaikum, Mail," dihulurlah tangan Kamal itu pada teman seperjuangannya yang sedang melarat, iaitu Ismail.

"Waalaikumussalam Kamal, tak lupa kau padaku, dari mana engkau?"

"Tidaklah bakal ku lupa pada mu Kamal melainkan dengan izin-Nya, aku dari sekolah, baru habis mengajar, apa khabarkah engkau Mail?"

"Beginilah keadaanku, mau dikata semakin melarat, membaik jugalah kiranya," jawab Ismail sambil tergelak kecil.

Arwa yang tadinya erat memegang erat tangan bapanya, beralih tempat ke dapur, menyiapkan minum bersama kuih-muih buat tetamu. Begitulah adat dan aturan cara hidup masyarakat ini, apabila datang bertamu jiran tetangga, dihidangkanlah seikhlas-ikhlas hidangan, agar barakahnya ada. Manis muka perawan itu mengangkat dulang lalu melutut menuangkan teh.

"Terima kasih banyak, susah-susah saja," kata Kamal tersenyum menampakkan barisan gigi. Saleha yang dari tadi berada di samping suaminya mengangkat punggung beralih tempat ke dapur bersama Arwa.

Maka, tinggallah mereka berdua di ruang lapang itu.

-----------------

Kira-kira setengah jam setelah itu, datanglah Arwa bersama ibunya menghantar tamu ke pintu utama, Ismail itu sudah tidak larat dan tiada mampu dayanya untuk berjalan, maka disitu sajalah penghabisan sembang mereka di ruang lapang tempat beristirehat si Ismail itu.

"Cubalah sedayamu menunaikan hasrat ayah mu itu, Arwa,"

"Akan saya cuba, Pak Mail, tapi tiadalah saya tahu dimana mahu bermula," lalu tertunduklah Arwa melihat jemarinya setelah berbicara sebegini.

"Diharap ini dapatlah membantu mu serba sedikit, hubungilah penerbit buku 20 Ceritera itu, tanyakan padanya bagaimana satu-satu caranya untuk menghubungi si penulis itu,"

Sambil menarik nafas panjang, Arwa berkata dalam senyum, "Terima kasih Pak, jasamu tidaklah dapat ku balas."

----------------

SATU-SATUNYA CARA.

Telah dirasai Arwa beban yang begitu berat, hasrat bapanya itu akan sedaya-upayalah ditunaikan secepat mungkin, agar dapat bertemu dua insan itu, bapanya dan seorang lelaki bernama Wafi Kusyairi. Entah tua manakah lelaki itu, hidup atau tidakkah sekarang. Tiada dia mengetahui itu. Itulah batas dan had manusia, ketidaktahuan itu melebihi pengetahuan.

 Maka, ditekanlah angka-angka yang diberi oleh Kamal itu pada telefon bimbitnya.

"Assalamualaikum Pak Sabri. Apa khabar?"

"Waalaikumussalam, iye saya. Alhamdulillah, sihat. Boleh taukah siapa saudari?"

"Saya anaknya Ismail, salah seorang dari penulis buku 20 Ceritera. Nama saya Arwa, adalah saya ini menelefon atas satu permintaan."

"Oh, permintaan apakah itu nak?"

"Dapatlah kiranya saya mendapatkan satu-satunya cara menghubungi penulis Wafi Kusyairi. Bolehkah itu pak?"

"Maaf, nak. Menurut perjanjian, tidak dapatlah saya tunaikan hasrat mu yang satu itu."

"Tapi.... sebelum ini menjadi hasrat saya, terlebih dahulu hasrat ini kepunyaan ayahku. Apalah ada pada sebuah perjanjian, jika dibandingkan dengan hasrat seorang tua yang melarat, pertimbangkanlah hasrat ayahku ini pak, ini harapanku."

"Nanti bakal ku fikir-fikirkan, berdoalah agar dilembutkan hati ku ini. Jika dengan izin-Nya, dapatlah aku memberi,"

"Terima kasih, Insya-Allah."

----------------

Keesokan harinya, habislah riwayat tahun 2029 itu, bersambunglah pula tahun 2030.

Alangkah gembiranya hati gadis itu, setelah dua hari, dapatlah dia panggilan dari Sabri untuk memberi alamat e-melnya penulis misteri itu. Setiap apa yang dikecapi Arwa dalam hidupnya, tidaklah dia lupa untuk memberi sebagai ganti, tidak kira sedekah bagaimana cara sekalipun, akan dia lakukan. Buat kali ini, dia memilih untuk memberi burger yang dibeli kepada seorang pengemis di jalanan. Tidaklah tuhan itu memberi harta rezeki yang melimpah ruah hanya untuk mewah berbelanja, tapi untuk mengajar kita agar lebih memberi. Barangkali kerana itulah, mudah saja tertunai permintaanya.

Lalu dibukalah komputer riba di suatu sudut dalam rumah. Termenung pula Arwa buat sejenak, mengatur ayat menyampaikan hajat.

"Assalamualaikum saudara Wafi Kusyairi, adalah saya hadir ini untuk menyampaikan satu hajat ayah saya yang harapnya dapat tertunai olehmu. Mahu semahunya ayahku ini bersua muka denganmu."

Setelah beberapa minit, terbalaslah permintaan Arwa yang satu itu.

"Waalaikumussalam saudara/saudari, tidaklah ku ingin dikenali. Tapi jika benarlah mahu semahunya ayahmu itu bersua muka denganku, ringankanlah kamu dahulu berjumpa denganku. Bolehkah itu?"

"Baiklah."

------------------

Setelah diatur dan dipertimbangkan tempat dan juga waktu, tekadlah mereka berdua itu mahu bersua muka tanpa mengenal antara satu sama lain. Pertemuan awal ini berawal di sebuah kafe, Arwa yang memakai blouse labuh bewarna hijau tua, dikemaskan dengan tudung ringkas bewarna kelabu, datang dengan beg yang diisi komputer riba dan sehelai nota.

Melangkah saja kaki si Arwa itu ke dalam kafe, dia sedikit kebingungan, kerana tiada manusia lain selain kuli-kuli dan juga seorang pelanggan muda lelaki memakai jaket denim biru gelap, dengan kaca mata berbingkai hitam sedang duduk di tengah-tengah kafe tersebut. Di hadapan lelaki itu, terdapatlah sebuah komputer riba.

Lalu duduklah Arwa di sebuah meja makan yang berada di sudut kafe itu, maka ditekanlah butang on pada komputer ribanya, rancangnya mahu mengirim e-mel bertanyakan dimana jasad lelaki itu berada, kerana kafe ini sungguh lengang.

Dalam beberapa minit, dibalaslah e-emel itu berbunyi,

"Bertudung kelabukah engkau?"

Lalu dengan serentak, berpalinglah mereka berdua dalam masa yang sama. Bingkas Arwa menutup komputer riba dan mengangkat punggung menghampiri meja lelaki muda itu.

"Wafi?"

Jejaka itu tampak tenang. Dia mengangguk kemas.

"Silakan duduk," ringkas saja arahnya.

"Terima kasih, ku kira muka kau bakal berkedut seribu persis bapaku, dan mungkin juga harus aku tunduk hormat layak seperti tingkah seorang anak muda pada orang yang lagi tua padanya,"

Dia mengukir senyum.

Perempuan di tahun 2030 ini lain bezanya dengan berbelas tahun dahulu. Teknologi sememangnya membangun, suasana bertambah haruk-pikuk jika dilihat dengan mata halus, tingkah laku semakin memburuk. Bukan seperti yang kita semua sering bayangkan, bahawa masa depan nanti aman dan sejahtera, atau berangan bahawa maju masa depan itu. Mungkin saja maju dari segi keduniaan, namun semakin mundur dari segi kerohanian. Panjang masanya, besar jugalah perubahan pada habitat dan gaya hidup manusia, lalu sedikit sahajalah tersisa kesopanan dan sikap malu yang ada pada insan bernama perempuan. Bahkan, lelaki-lelaki pula yang ramainya bertukar fitrah, mereka pula yang lebih diam malu dan tenang terkawal bila dibandingkan dengan si perempuan-perempuan itu. Begitulah keadaan mereka kini, namun terjaga jugalah batas si Arwa itu, tahulah dia had-had, tapi tetap banyak pertanyaan dan banyak cakapnya. Sementara si Wafi itu, tenang saja.

"Penulisanmu itu seakan kau telah hidup beribu tahun. Jika boleh dan lepas izin kau, bolehkah ku tau berapa umur mu?"

"25 tahun," ah, ringkas lagi jawapannya.

Arwa membaiki tempat duduk, lalu menatap jemari dibawah, sedang dia mengira sesuatu. Diketuklah meja mereka itu oleh Wafi, menyedarkan Arwa dari lamunan.

"Bagaimana?" Tanya Arwa.

"Bagaimana apa?"

"Maaf, mungkin aku dilahirkan untuk memberi soalan yang terlalu umum," balas Arwa dengan gelak kecil di hujung bicara sambil menunduk.

"Bukan, mengikut perkiraan aku, engkau memang dilahirkan dengan minda yang meluas. Soalanmu umum kerana mungkin tidaklah engkau tahu apakah itu perpecahan, atau cabang yang ada. Minda yang meluas itu bagus, meluas sehingga dapat menyerap segala aspek. Cuma..."

"Cuma?"

"Cuma... satu kelemahan kau, untuk membahagi aspek pertanyaan."

"Ada benarnya kata mu itu," jawab Arwa dengan diiringi anggukan.

"Lalu, bagaimana apa?" Tanya Wafi sambil menyandarkan tubuh yang tadinya tegak pada kerusi.

"Bagaimana, mahukah engkau berjumpa dengan ayahku?"

"Siapakah ayahmu? Apa hajatnya dia mahu berjumpa denganku?" tanya Wafi sambil tersenyum.

"Dia adalah salah seorang penulis yang turut menaikkan pena menulis sebuah cerita dari dua puluh cerita lain, tertumpahlah tangis ayah dan ibuku saat kali pertama membaca nukilanmu, besar sungguh hajatnya untuk bersua muka dengan mu," terang Arwa dengan senyuman yang menggambarkan harapan.

"Apa kau juga turut menangis?"

Mendengar persoalan itu, Arwa berpaling muka dan bertanya, "Kenapa tidak mahu engkau dikenali?"

"Umurku berapa?" Tanya Wafi.

Mata Arwa dibulatkan, lalu menjawab, "25 tahun. Kenapa?"

"Suatu masa dulu, pertandingan itu hanya terbuka kepada masyarakat berusia 17 tahun ke atas, pada saat itu usiaku hanya mencecah 10 tahun."

"Bagaimana bisa kau menulis kisah sebegitu dalam usia sementah itu?"

"Apa kau kira budak mentah itu tidak tahu erti kehidupan? Meski kecil tubuhnya, mungkin lagi besar jiwa kanak-kanak itu dari kita ini yang sering memandang kehidupan itu tujuannya untuk kemewahan semata-mata. Malah, mencintai diri sendiri juga orang dewasa itu tidak mengerti caranya, walhal, mencintai diri sendiri adalah perbuatan dan cinta yang paling terbaik selepas mencintai tuhan, tiada sesiapa yang mampu mengajar hal itu selain diri orang dewasa itu sendiri, manakala kanak-kanak itu sendiri tidak perlu diajar untuk mencintai diri, kerana sudah zahir dan batinnya dia tulus mencintai dirinya. Dan jika ditanya siapa yang paling ikhlas menyayangi dan menerima hakikat kekurangan diri, sudah pastilah si budak mentah itu, kerana kanak-kanak itu suci, dan sering memaafkan, tiada istilah dendam dalam darahnya," Wafi berpaling muka.

Dia diam sejenak.

Lalu menyambung, "kerana itulah diri ini ku rahsiakan, jika tidak pasti ditolak mentah-mentah pandanganku tentang kehidupan, apalah si anak kecil ini tahu, main, main dan main saja, bukan?" sambung Wafi dengan kening yang sengaja diangkat sambil mengukir senyum sinis.

"Begitu fikirmu, dapatlah aku satu dua ilmu darimu."

"Ada lagi persoalan darimu?"

Tanpa melengah-lengahkan masa, bagi Arwa, kesempatan ini baik sungguh untuk digali pemikiran si Wafi itu. Lain macam pemikirannya.

"Pada pendapatmu, sesuai dan patutkah perempuan itu tinggi pelajarannya?"

"Kenapa bertanya sebegitu?"

"Seringkali ku mendengar pendapat sekeliling, bahawa perempuan itu layaknya hanya di dapur, belajar tinggi mana sekalipun, menumbuk sambal juga akhirnya. Biar suami sahajalah yang mencari rezeki kata mereka."

Wafi sedikit tersengih menampakkan barisan gigi putih yang sempurna.

"Itu jikalau perempuan itu berkahwin, tidak semua bernasib baik mendapat jodoh di dunia," jawab Wafi ringkas dan padat.

"Sekarang tahulah aku jawapan kepada soalan itu, terima kasih banyak-banyak."

"Kediaman ayahmu itu dimana? Jika ada kelapangan waktu esok, bakal aku bertandang bersua muka insya-Allah."

"Nanti aku kirimkan alamat melalui e-mel."

Kemudian pulanglah mereka berdua itu dengan jalan berasingan.

"Arwa pulang." laung Arwa setelah memasuki pintu utama rumahnya.

"Bagaimana pertemuan itu?" Tanya ibunya, Saleha.

"Baik-baik saja, besok jika ada kelapangan mahulah dia datang bertandang," tidak lekang senyum itu pada wajah Arwa.

"Kalau begitu, bolehlah kita hidangkan makanan yang berat-berat untuk besoknya, nasi dagangkah atau nasi kerabu?"

"Mana-mana saja boleh, ibu, aku turutkan saja," jawab Arwa.

--------------------------
Ini kisah kehidupan. Kisah dimana anak kecil itu tidur dipinggir jalanan, mahu lagi kekinian beralaskan bumbung simen, di bawah jambatan dibina dengan beribu-ribu wang. Juga kisah seorang mahasiswa berdemonstrasi menggali hak-hak rakyat yang masih diparas kritikal. Tidak lupa juga kisah anak-anak muda menyedut tembakau dan membakar cerut di pinggir-pinggir jalan lalu bertukar-tukar mulut mengeluarkan hujah yang mati di situ saja.

Sebenarnya itu hanya cakap kosong ku. Mengalami itu semua tidak bagiku, tembakau dan cerut tidak dibibirku, bahasa ku bahasa layaknya tinggi yang takkan mati disitu saja, bahkan berdemonstrasi menggali cebisan hak bangsa di negara picisan ini bukan perjuanganku, aku hidup dan masih menongkah hirup udara tanah air, ku berdiri di tanah ini, malangnya jiwa ku tidak disini. Anak-anak kecil nyenyak bersama serangga di bawah jambatan jauh sekali ku kenal, apatah lagi kerabat terdekat ku.

Satu hal yang ku lewati dan terngiang-ngiang sejak dulu, mata ku disitu. Mata ku memerhati mereka. Apa ada pada mereka? Hiraukan saja mereka, teruskan melangkah titian hidup mu. Lewati saja sisi mahasiswa memprotes di negara demokrasi ini, lalu ditangkap dihumban dalam barisan besi. Apalah nasibnya, sedang aku enak tidur berbantalkan kemewahan dan kemerdekaan.

Anak-anak itu, tercalit kotoran hitam pada pipi-pipi mulusnya. Laparkah dia? Seharian tidak menjamahkah itu? Ah, biarkan saja. Bukan urusanku, apatah lagi nyawaku.

Generasi muda itu inkuiri dalam diri harusnya wujud, masih muda dan mentah, yakni perlu bimbingan. Ke mana orang tuanya? Sibuk dengan kerjayakah? Yang disedut dan dihembus itu apa? Ah, biarkah saja. Bukan wang aku yang digulung menjadi abu. Tidak berkait langsung dengan jasadku ini.

Namun kenapa kesedaran tentang hal ini berpihak pada diriku? Kiri kanan ku berpenghuni hantu-hantu, tolonglah aku. Aku mahu lari, jauh dari padang luas ini dan terus berlari sehingga lutut ku longgar tercabut dan pada saat itu, hanya daya untuk merangkak aku mampu. Lalu pilihan untuk merangkak itu sudah jauh di masa lampu, ku perlu beralih tapak menggores wajah ke tanah untuk ke destinasi.

Ibarat seorang banduan akhir menunggu pengawal membawanya ke tiang gantungan. Hilanglah segala pengharapan, tiada yang akan membela. Punahlah istilah kemenangan dalam kamus dirinya. 
Gelombang
satu undur
satu mara

Letih? 
oh tidak sesekali

Kenapa?
fitrahku begini
dipersoal itu jangan
―9:59 PM//16/02/17

------------------------------------------
"Arwa, aku demam."
"Biasalah tu, ujian."

"Israel terbakar derr."
"Tu la, azab dah mai."

Bila sebut ujian, normal. Bila sebut azab, abnormal.
Kita jarang mengambil iktibar dari sebuah ujian, tapi kita terkejar-kejar mencari hikmah di sebalik sebuah azab. Kebiasaannya, minda dan mata kita lebih tertumpu pada yang namanya azab, kerana azab ini sebuah perkara besar yang menggerunkan. Lantas ujian ini pula sebuah perkara kecil yang sudah biasa disebut dan dianggap remeh.

Ujian ni pula disebabkan ianya dikenali sebagai sesuatu yang normal dan semua makhluk pernah melaluinya, maka minoriti sahaja yang menggali hikmah disebaliknya.

Kau demam? Yes, that's it. Makan ubat dan tidur. Bangun esok, ulangi dosa yang sama.

Tapi bayangkan kita membesar dengan mentaliti yang berfikir bahawa demam itu adalah sebuah azab. Pasti kita rasa macam, wow. Kita pasti akan menyelongkar asbab-asbab kenapa kita menerima azab sebegini...

Lantas kita menggali hikmah-iktibar disebalik azab itu.

Apa yang Allah swt nak sampaikan melalui sakit kita?
Boleh jadi kita demam sebab kita tak gunakan nikmat sihat tu sebaiknya. Kita merokok, kita elak untuk tolong orang buta melintas walhal kita sihat seluruh pancaindera. Mungkin kerana badan kita penat kejar dunia, lalu ianya minta hak untuk berehat dan mungkin juga kerana tuhan ingin sedarkan kita bahawa tubuh lengkap ini hanya sebuah pinjaman.

Bila aku ditimpa musibah, biasanya aku akan terus anggap itu adalah sebuah ujian yang menerpa.
Tapi sekarang, tertanya-tanya aku, adakah ini ujian atau azab?



Tiba-tiba aku teringat kisah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Kalau tanya aku, aku rasa syaitan tinggal hasut sekali je, terus aku tumpas dan batalkan niat nak sembelih tu, atau aku mungkin awal-awal tolak perintah korban tu. See?

Nabi Ibrahim sanggup buat semua tu sebab apa?
Sebab dia nak raih keredhaan Allah. Dia nak buktikan bahawa cinta dia pada Allah tu melebihi cinta dia pada anak dia sendiri. Dia sanggup, korbankan apa saja bahkan nyawa cinta hati dia sendiri kerana ilahi.

Aku tersedar satu benda, untuk dapatkan sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu.
Untuk adanya sesuatu, kadang akan ada yang perlu hilang.
Untuk dapatkan sesuatu, akan ada yang perlu diketepikan.
Untuk kehadapan, kadang akan ada yang perlu ditinggalkan kebelakang.

Dan,
Untuk lihat pelangi, kau perlu lalui hujan.
Untuk menjadi rama-rama, terlebih dulu kau perlu jadi beluncas.
Untuk terer menjahit, kau perlu korbankan masa dan wang yang kau plan untuk beli make up.

Kan?

------------

Dan aku tersedar lagi pada satu hakikat yang kau tak boleh ada semua benda dalam hidup ni. Tak boleh. Tak semua doa atau keinginan kau akan termakbul sehari selepas kau merintih menadah tangan.

Aku teringat jugak perbualan Pisau dan Nabi Ibrahim;
        "pisau itu bisa memotong batu tetapi tidak bisa memotong daging", kata Nabi Ibrahim.
        "Wahai Ibrahim, kamu mengatakan potonglah, tetapi tuhan semesta alam berkata jangan 
         potong. Maka bagaimana aku melaksanakan perintah mu yang berlawanan dengan perintah tuhanmu?"






Assalamualaikum kehadapan diri yang berada di tahun 2050,

Apa khabar?
Macam mana diri kau sekarang? Gain some weight?
Dulu study bidang apa?
Adakah langit masih biru? atau merah?
Pokok masih banyak daripada bangunan kan?
Apa yang dah kau capai?
Adakah selfie masih relevan?
Cukup solat lima waktu?
Siapa Perdana Menteri Malaysia sekarang? Maju tak?
Bahagiakah ibubapa kau sekarang? (atau 20 tahun yang lepas)
Kawan-kawan pergi kemana? Still contact kawan-kawan lama?
Berapa koleksi buku Buya Hamka yang kau dah ada?
Apa yang berubah? Pemikiran?
Still an introvert?
Apa yang tengah trend sekarang?
Facebook sejenis perkhidmatan yang hampir pupus ke?
Apa ilmu menarik dan baru yang kau dah belajar?
Lama tak menganggur lepas habis belajar?
Law, Education, or Physiology? Paramedic? atau jual nasi lemak tepi jalan?
Siapa yang dah meninggal dunia?
Rohani kau macam mana? Sihat? Cukup makan?
Koleksi setem tu kau nak wasiatkan pada siapa?
Dah kahwin? Dengan siapa? Berjaya didik anak-anak?
Perang Dunia Ketiga?

"Berjumpa lagi pada tahun 2050, insyaAllah kalau masih punya nafas."
--------------

Muda-mudi di kaki 
gedung-gedung raya
seronok menyedut tembakau
sesak dada seakan terbakar

apa khabar muda-mudi?
jiwa kau apa makin mengecil
atau makin sarat dengan tinta
ada ruang lagikah untuk 'asing' itu?
di ruang kota jaya ini

lupa ku satu perkara,
ada orang membeli harta
tidak dia tahu maut terlebih dahulu membelinya.

11:50PM//14 February 2017.





"Mak, macam mana nak masak nasi ayam?"
"Search kat Google je," jawab mak.

Dulu mungkin kalau merantau jauh untuk belajar, ibu bapa harus ajar dulu anak-anak cara memasak. Tapi sekarang tak perlu lagi, tinggal search resepi dan ikut langkah-langkahnya. Done. Sebut je, masak lemak cili api, nasi ayam, semua boleh. Hasilnya, kita dapat hasilkan sesuatu masakan itu atas hasil usaha kita sendiri dalam beberapa kali cubaan untuk dapatkan rasa yang ummph!

Tapi tak kita sedar, hasilnya, kita kurang ummph dalam yang namanya komunikasi dan berkasih-sayang sesama makhluk. Tidak kira antara ibu dan anak, ayah dan anak, kawan dan kawan, suami dan isteri. 

Mungkin kerana akses Internet makin mudah untuk kita dapati, dan kita merasakan bahawa komunikasi itu hanya dengan menaip. For me, as an introvert person, yes, memang komunikasi lebih berkesan dengan cara menaip, But there's a limit. Ada batas atas setiap kelakuan kita. 

Realiti dan Maya. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya adalah, kita ada dua landskap kehidupan bernama Realiti dan Maya. Realiti dimana kita berdepan dan bergaul secara terus. Maya itu adalah dimana dua orang atau lebih manusia dihalangi oleh skrin petak bercahaya.

Aku bagi lagi satu situasi;

Maya; Ali belajar ilmu agama dari internet. 
Realiti; Ahmad belajar ilmu agama terus dari orang alim.

Ada perbezaan, kan?

Bukan apa, aku merasakan yang dunia realiti kita tu perlukan lebih perhatian dari maya. Anak-anak, perlukan kasih sayang yang lebih dari ibu dan ayah. Adik-adik, perlukan kasih sayang yang lebih dari kakak abang. Internet doesn't need your love.

Walaupun dah banyak kali Malaysia lalui tanggal 31 ogos dan selepas hilang parut-parut lama, datang lagi budaya asing baru. Sayang, kan? Cuba perhati kanan kita, dah? Kiri pulak, dah? Siapa ada disebelah kau? Cuba tegur sesiapa yang ada di tepi kau, say hi. Kalau sebelah kau ada kucing, boleh tolong belaikan untuk aku?

Aku kurang pengetahuan dalam cara untuk menghargai sekeliling, tak kira keluarga, masyarakat atau tumbuhan. Tapi aku perlu cuba, kenapa? Kerana ini realiti dan kita hidup bukan dengan skrin bercahaya ni je.

Anyways, kalau kau tengok aku bergaul dan borak dengan orang, itu bermaksud aku bersama dengan orang-orang yang tepat. Random post khusus untuk diri sendiri. Adios, assalamualaikum.



Hendak tampilkan sebuah cerita buat pengajaran semua.
Jangan tanya kesahihan cerita ini, kerana diri ini sendiri tidak pasti.
----------

Ini aku.
Seorang kakak kepada Izhar.
Seorang perempuan.
Berumur 30 tahun.
Bernama Suraya.
Penampilan macam dialah yang paling bahagia dalam dunia.

Ini dia.
Seorang adik kepada Suraya.
Seorang lelaki
Berumur 28 tahun.
 Bernama Izhar.
 Penampilannya, usah dicerita. Serabai. 
Kadang T-shirt merah darah ikan, dipakai selama berminggu-minggu. 
Kadang T-shirt bewarna biru cerah, dipakai juga selama berminggu-minggu.
 Kadang T-shirt yang tertulis slogan "1 Malaysia", dipakai mungkin hanya selama seminggu. 
Macam biasa, keluar 2, 3 pagi balik keesokan pagi.
Tak pernah mencuri. Kalau nak duit, tinggal kata, "Mak nak duit."
Bekas pelajar pondok.
Suraya bercakap dengan Izhar mungkin sekali setahun.
----------

Aku benci Izhar.
Izhar selalu menyusahkan mak. 
Lagi baik dia mati dari hidup menyusahkan orang.
 Maka, bermula dari hari tu, Aku ada satu misi dan visi supaya Izhar cepat mati. 
Dan caranya adalah dengan mendoakan agar Izhar ni cepat-cepat meninggalkan dunia ni. 
Aku tak sanggup nak hidup dalam neraka lagi. Aku nak dia pergi, tinggalkan kami sekeluarga, jalani kehidupan secara normal dan bahagia. Salah aku ke kalau aku bercita-cita sedemikian?
Izhar ni memang jahat, dia buat kerja haram hari-hari. Jadi keldai dadah. Hina sungguh. 

Pernah tengok drama penagih dadah curi duit mak bapak dia? Rampas rantai emas mak dia? Semata-mata nak beli benda haram. Macam mana situasi diorang? Oh, cuba bayangkan sekali ada satu budak kecil tengah tengok adegan rampas-merampas tu. Trauma bukan? 
----------

Bila Izhar dapat peluang pekerjaan sebagai tukang kebun di sebuah Jabatan Pendidikan selepas beberapa bulan keluar dari lokap buat kali kedua. Dia mengerah tenaga. Gaji dia hampir separuh diberi pada mak. 
"Saya takkan beri duit haram pada mak," katanya.
Mak bangga, sedang anaknya yang lain jangan diharap hendak beri wang.
----------

"Dik, kalau adik nampak jiran sebelah rumah ni panjang tangan. Adik cakaplah dekat mak, sebab haritu mak ada nampak jiran sebelah ni check mesin jahit mak. Macam cari sesuatu. Mak biasa letak duit kat situ. Lepas mak tegur dia, dia lari dan buat macam takde apa-apa."
"Saya dah tau dah mak, saya dah pernah nampak haritu," kata izhar.
"Kenapa tak bagitau mak?"
"Saya ni kan orang macam ni, kalau saya bagitau, takkan la ada orang nak percaya, jadi saya diamkan saje."
----------

"Salah mak ke adik jadi macam ni?"
"Tak, adik yang pilih jalan ni. Mak dah didik adik cukup lengkap dah. Sendiri pilih, sendiri tanggung."
----------

Sehari sebelum Izhar dijatuhkan hukuman penjara kali ketiga.
Aku dan adik tengah on laptop dekat dapur. Aku bunyi suara Izhar menangis.
Aku intai tengok dari jauh. Ada dua anggota polis sedang menggeledah bilik-bilik yang ada dalam rumah tu. 
Aku tutup suis plug laptop, aku tarik tangan adik berlari keluar ikut pintu dapur.
Empat kaki aku dan adik yang tak beralas harungi tanah bercampur air hujan. Berlari jauh. Kerana aku tidak mahu terjebak dalam soal jawab bersama polis tersebut. 
----------

"Apa ni?" tanya aku sambil ingin mengoyak keratan penyedut minuman yang dililinkan hujung bawah dan hujung atas. Didalamnya terdapat dua biji pil seakan-akan gula-gula. 
Aku boleh jamin kalau kanak-kanak tengok, memang dia akan makan.
Dan iye, itu dadah. 
----------

"Jomlah adik, pergi hospital, bengkak sangat dah kaki ni," ujar mak.
"Izhar taknak menyusahkan mak, takde apa-apa ni. Esok baiklah ni."
"Kalau kau ni budak kecil, memang mak dukung bawak pergi hospital."
----------

"Mak pernah dengar tak cite ada seorang hamba Allah ni ditempatkan di neraka atas dosa-dosa dia. Setelah dia habis menjalani hukuman di neraka, dia akan dipindah ke syurga. Tapi semasa dalam perjalanan ke syurga, ramai makhluk yang mengejek dia. Mengatakan bahawa dia sungguh hina untuk ke syurga. Maka dia sedih, putus harapan. Dia berpatah semula ke nereka," terang Izhar panjang.
"Maafkan mak, Izhar."
----------

"Assalamualaikum, Izhar dah takde."
Setelah mendengar baris kata itu, Suraya lupa cara hendak bernafas. Suraya buntu. Lutut suraya lembik. Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Mata Suraya kabur, diselaputi dengan titis-titis air mata.
----------

Sehari sebelum Izhar meninggalkan dunia.
"Aku mintak maaf, Suraya."
Tangan Suraya digapai Izhar. Erat dipegangnya. Satu perasaan dan situasi yang tak mungkin pernah diangankan oleh Suraya. Dia sekarang memegang tangan adiknya. Tangan kasar lelaki itu, dipegang erat. Suraya seakan tidak percaya. 
 Muka Izhar bersih, sebersih air embun yang tidak akan tercemar. 
Sekali sekala titisan embun terbit dari celah-celah mata Izhar, lalu dihapus oleh tisu merah jambu di tangan mak.
"Aku mintak maaf, Suraya," sekali lagi Izhar menyuarakan hati.
Suraya tersenyum, dia membelai rambut beruban milik Izhar. Dia baiki kedudukan rambut itu. Dia usap lembut tangan kasar Izhar.
"Aku redhakan segalanya, maafkan aku juga, Izhar."
Pada saat itu juga, Suraya melihat staff Hospital dan doktor sedang bergelak ketawa di suatu sudut berhadapan katil di ICU. 
-----------

Hari pengebumian Izhar.
"Takziah," ucap seorang Ustaz yang mengajar di salah sebuah Pondok di pendalaman.
"Macam mana ustaz boleh kenal arwah Izhar ni?" Tanya ayah.
"Arwah selalu datang hujung minggu, tolong bersihkan pondok, cangkul-cangkul sikit, angkat-angkat keperluan pelajar. Tak dibayar pun, nampak keikhlasannya tu."
----------

Sedang membersihkan bilik arwah Izhar, Suraya terjumpa belasan komik Naruto. 
Dia capai dan buka. Kemas, elok.
Suraya tersenyum.
----------

Pergilah kau Izhar.
Doaku telah menjadi kenyataan.
Aku mahu kau kembali. Tapi....
Tidak mengapa jika kau kembali dan menjadi hina semula.
Aku akan terima insan hina itu semula.
Kerana kau kini lebih mulia disisiNya
Nafas terakhir dihembus dengan lafaz syahadah yang mulia.
Sedang pengakhiran aku yang dianggap mulia ini belum tentu arahnya.

"Aku sayang kau, Izhar."
















Subscribe to: Posts ( Atom )

NOTA KAKI

"Cerita rekaan yang dibenarkan. Jangan percaya."

ABOUTFACEBOOK INSTAGRAM

SEJARAH ITU

  • ►  2018 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2017 (35)
    • ▼  December (3)
      • Waktu Dhuha.
      • Cukup, gelap dan sejuk.
      • 1:6
    • ►  November (3)
      • ...
      • Interests.
      • 3:56PM
    • ►  October (3)
      • 9.42 AM
      • Luluhawa.
      • Sebuah Yang Sejuta.
    • ►  September (2)
      • Lapan Bulan Tanpa Nama.
      • Nirwana.
    • ►  August (4)
      • 8.45PM
      • Hi.
      • Jangan berhenti berjalan.
      • Bakal Hilang.
    • ►  May (3)
      • Diam.
      • Ikhlas jua tidak.
      • Beku.
    • ►  March (2)
      • Beautiful.
      • Apa Yang Telah Aku Lakukan Hari Ini?
    • ►  February (10)
      • Satu Ceritera.
      • Dua Pagi.
      • Ujian Atau Azab?
      • Korban?
      • Sedekat ini.
      • Soalan Buat Tahun 2050.
      • Realiti dan Maya.
      • Cerpen.
    • ►  January (5)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (5)

BUTIR AKSARA

CATATAN LAMA

  • ...
    Was I too young to see this with my eyes? And you, yes you, please read it properly.
  • Interests.
    Melihat kini agama itu seperti bukan lagi suatu kewajipan, ia seperti suatu kehendak yang hanya ada kepentingan tersendiri buat seseorang, ...
  • Beautiful.
    " Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepada...
  • Nirwana.
    Tersungkur mengejar solusi revolusi mana lagi tak kita tempuh sejak awalan suruh takafur di kasur degil, degil, degil degil aku kerana ...
  • Cukup, gelap dan sejuk.
    0321PM, 7 DISEMBER 2017. Mahukah kau, mengikut pertimbanganmu, untukku sampaikan satu perkara? Bahawa ketidakcukupan itu tidak wujud. Sun...
  • Realiti dan Maya.
    "Mak, macam mana nak masak nasi ayam?" " Search kat Google je," jawab mak. Dulu mungkin kalau merantau jauh un...
  • Sebuah Yang Sejuta.
    Sebuah pohon, bersama dahan-dahan berpecah kepada beberapa lagi cabang dahan yang jauh lagi ke penghujungnya, namun tetap ada penghuju...
  • Apa Yang Telah Aku Lakukan Hari Ini?
    Assalamualaikum. Soalan ni macam tiba-tiba hadir tanpa diundang; " Apa yang telah aku lakukan hari ini? " Tolak tepi dulu hal...
  • Luluhawa.
    Terurai, Reput, Pecah Gabungan membentuk luluhawa Dari insolasi, hidrolisis, pengoksidaan, pengkarbonan ke tindakan ibun Kasihan batuan ...
  • Soalan Buat Tahun 2050.
    Assalamualaikum kehadapan diri yang berada di tahun 2050 , Apa khabar? Macam mana diri kau sekarang? Gain some weight? Dulu study bida...
Powered by Blogger.
Copyright 2014 Sental jiwa..
Designed by OddThemes