Kenapa masuk universiti?

Di malam raya ni, aku teringat satu scene yang pernah terjadi sebulan lepas kot.
Dalam kelas.
Cikgu sejarah aku, ada cakap, aku ingat-ingat lupa sebab tak fokus mana. Yang aku tau, aku dengar dia tanya;

"Kalau awak nak sangat-sangat masuk universiti, tapi awak dapat kos yang awak tak minat, awak nak terima ke tak?"

Dan macam biasa, bila ada je soalan timbul dari seorang cikgu. Pastilah dia akan tengok muka-muka anak muridnya satu persatu.

"Saya terima je." ada sorang classmate perempuan jawab.
Tiba je sepasang mata cikgu tu kat muka aku, aku jawab.
"Tak terima."
Dia tanya kenapa?
Aku balas, "Sebab ada lagi peluang lain untuk masuk univesiti, melalui STPM contohnya. Yang akhirnya mungkin ada peluang baru untuk membolehkan kita dapat kos yang kita minat."

Cikgu tu senyum. Kawan sebelah senyum-senyum, sebab bukan selalu boleh tengok aku bersuara. Biasanya kalau ada apa-apa idea atau jawapan kepada soalan-soalan cikgu, aku akan bisik kawan suruh dia yang tolong bagitau. Itu cara aku.

Dia cakap, "Itu kalau awak cerdik, orang yang cerdik boleh lah dia mendongak dagu pilih kos mana yang dia nak. Macam mana dengan yang lain? yang pointer cukup-cukup makan? Apa yang perlu dia buat? Selain terima je apa yang ada?"

Mata aku masih tak lepas pandang cikgu. Tetap aku tak setuju. Tapi, aku tak bersuara.

Sini aku nak tanya.

Adakah kejayaan seseorang tu dinilai bila dia masuk universiti?
Adakah seseorang tu hanya boleh dikatakan berjaya bila dia duduk dalam bilik kuliah dan menghadap pensyarah?

Bagi aku, tak perlu rasanya untuk masuk universiti hanya kerana kita nak masuk universiti. Masuk universiti itu lebih daripada itu. Masuk universiti bukan semata-mata sebab taknak ditanya; Kenapa tak masuk universiti? Kenapa masuk politeknik je? Kenapa ambil kemahiran? Kenapa ambil kulinari, kan banyak lagi kos-kos high class. Kenapa dan kenapa?

Bagi aku, passion itu penting. Kita dilahirkan dengan minat, sesuatu minat tu boleh dipupuk tapi deep down, kita mesti ada satu minat yang memang dari kecil kita suka, atau yang memang kita taruh harapan.

Kalau kau minat undang-undang, tapi kos di universiti yang kau dapat hanyalah pendidikan, perlu ke kau terima? Perlu ke semata-mata untuk masuk universiti? Sedangkan kau boleh masuk STPM, STAM, dan banyak lagi yang mana bila kau usaha, kau boleh sambung ijazah undang-undang.

Ya, nama universiti tu memang besar. Sebuah tampuk pendidikan yang mana bakal lahirkan idea-idea berguna dan canggih. Tapi.....

Share this:

TENTANG SAYA

Seorang manusia seperti anda yang menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Kita sama sahaja.

0 comments:

Post a Comment