Sental jiwa.

Setiap tapak-tapak kenit kita akan dihitung kelak.

Home Archive for August 2018
diperah, dipulas, 
air mengalir
bersama buih

dipulas, diperah
air mengalir
bersama darah

14/8/18-- 6.48PM







kepada Tuhan yang punyai aku;
Engkau yang Bijaksana, Yang paling Mengerti nurani-ku, Yang paling Indah dan Berseni,
anugerahkanlah aku jalan hidup yang terbaik dari yang terbaik.
bisikkan-ku lagu resah-payah supaya aku lebih mengerti erti kebahagiaan.
suapkan-ku dengan kebahagiaan supaya aku mengerti kenikmatan.
dan apabila itu semua hilang,
tanamlah kemerngetian-- supaya aku tidak berdendam
dan hilang dari Mu, Tuhan.

 khabarkan aku bahawa langit itu biru, tidak selamanya jingga.
 beritahukan aku bahawa unggas itu tidak selalu bernyanyi.
 sampaikan padaku bahawa batuan itu bisa hancur, hilang dari kuat.
 supaya aku mengerti; Kau ada disisi.
 agar aku bisa memahami; Hidup itu seni.

 dan,
 bila aku butuh pegangan, cukup saja Kau sebagai pegangan yang paling utuh

 kepada Tuhan yang punyai aku;
 tolong bawakan aku sekeping kertas
 akan aku nukilkan sebuah puisi
 oh, aku tidak butuh pena
 cukup,
 cukup air mata
 dan esak tangis
 akan aku biarkan makhluk teragung kirimkan pada-Mu
 sebuah puisi yang tidak siap
 pada alamat yang aku harap dapat dijejak

 aku pasrah, dengan hakikat
 hanya Engkau mengetahui kesiapan puisi itu

 8:15 PM 8/11/18
Subscribe to: Posts ( Atom )

NOTA KAKI

"Cerita rekaan yang dibenarkan. Jangan percaya."

ABOUTFACEBOOK INSTAGRAM

SEJARAH ITU

  • ▼  2018 (6)
    • ▼  August (2)
      • Darah
      • puisi yang tidak siap
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (35)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (10)
    • ►  January (5)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (5)

BUTIR AKSARA

CATATAN LAMA

  • ...
    Was I too young to see this with my eyes? And you, yes you, please read it properly.
  • Interests.
    Melihat kini agama itu seperti bukan lagi suatu kewajipan, ia seperti suatu kehendak yang hanya ada kepentingan tersendiri buat seseorang, ...
  • Beautiful.
    " Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepada...
  • Nirwana.
    Tersungkur mengejar solusi revolusi mana lagi tak kita tempuh sejak awalan suruh takafur di kasur degil, degil, degil degil aku kerana ...
  • Cukup, gelap dan sejuk.
    0321PM, 7 DISEMBER 2017. Mahukah kau, mengikut pertimbanganmu, untukku sampaikan satu perkara? Bahawa ketidakcukupan itu tidak wujud. Sun...
  • Realiti dan Maya.
    "Mak, macam mana nak masak nasi ayam?" " Search kat Google je," jawab mak. Dulu mungkin kalau merantau jauh un...
  • Sebuah Yang Sejuta.
    Sebuah pohon, bersama dahan-dahan berpecah kepada beberapa lagi cabang dahan yang jauh lagi ke penghujungnya, namun tetap ada penghuju...
  • Apa Yang Telah Aku Lakukan Hari Ini?
    Assalamualaikum. Soalan ni macam tiba-tiba hadir tanpa diundang; " Apa yang telah aku lakukan hari ini? " Tolak tepi dulu hal...
  • Luluhawa.
    Terurai, Reput, Pecah Gabungan membentuk luluhawa Dari insolasi, hidrolisis, pengoksidaan, pengkarbonan ke tindakan ibun Kasihan batuan ...
  • Soalan Buat Tahun 2050.
    Assalamualaikum kehadapan diri yang berada di tahun 2050 , Apa khabar? Macam mana diri kau sekarang? Gain some weight? Dulu study bida...
Powered by Blogger.
Copyright 2014 Sental jiwa..
Designed by OddThemes