Ini majalah tentang moyang aku. Sejarahnya tertulis di dalam majalah itu... dan sekarang semuanya telah hilang... Sangatlah pelik bila sejarah moyang aku hilang hanya kerana dimakan ulat dan dikoyak orang. Aku masih simpan majalah tu walaupun rosak tapi ianya tak sama dengan yang asal. Langsung tak sama. You know what I mean right?
Ikutkan akal boleh je print gambar moyang. Walaupun ianya sama, tapi nilai yang asal lebih tinggi dari yang copy punya. Sentimental value..
Dan sekarang aku sedar yang aku banyak simpan benda yang ada sentimental value.
----------.
Setem. All of them have their own sentimental values. Hong kong, Jakarta, USA, England, UK, Indonesia, China, India, Finland, Russia, Malaysia, Bangladesh, and other countries yang aku sendiri tak pernah dengar.
Ini album gambar ayah aku, tapi aku dah cop awal-awal. Album ni dah wujud lebih dari 40 tahun. Gambar hampir 9/10 takde warna, ah so nostalgic!
Surat-surat dari kawan-kawan, ada lebih dari 150 surat from all around the world.
Al-Quran dari cikgu english sekolah rendah untuk hari jadi aku.
Ini sebenarnya candy dari kawan sekolah masa graduasi tingkatan lima, walaupun candy dah habis, aku tetap simpan topi graduate tu.
----------
Dan ada beberapa benda yang kau mungkin rasa yang aku sebenarnya tak patut simpan.
Slip pos laju. Sangat-sangat banyak dalam simpanan aku. Ini salah satunya je. Ada tarikh, tandatangan, alamat, and yang penting sekali tulisan penghantar. Full of memories so aku tak boleh halang diri aku untuk simpan.
Aku tak tau apa nama benda ikat plastik roti ni. Sebenarnya ada banyak lagi. Ada tarikh (baca: ada kenangan), ada harga, boleh lah aku buat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
----------
Tapi ada benda yang aku sangat terkilan dan aku tak boleh terima sampai sekarang. Buku aku hilang (baca: dibuang oleh seseorang) dan sekarang ni mungkin tengah lepak dekat Tempat Pengumpulan Sampah. Aku akan tetap simpan buku tu dalam hati sampai satu hari nanti aku jumpa balik (which is impossible). Bukan apa, aku cuma nak sikit peluang, a little chance yang aku boleh sentuh balik buku tu. Itu je.
Tapi realitinya... benda yang lenyap takkan wujud semula dan aku rasa kita semua ada The Fragmentary Magazine like I do.