Interests.
Melihat kini agama itu seperti bukan lagi suatu kewajipan, ia seperti suatu kehendak yang hanya ada kepentingan tersendiri buat seseorang, bahkan hanya untuk tidak terlihat berbeza dengan yang lain. Yah, aku ada agama, obey the rules or not iya terserahlah. Yang pasti aku punya agama... itu sudah mencukupi...
Aku pernah singgah ke satu moment di mana aku merasa bahawa beragama itu sudah cukup, hal-hal sampingan (baca: yang wajib) lain itu hanya pilihan. Solat.... puasa.... aurat, tidak menjadi masalah asalkan aku percaya Qul huwAllahu Ahad. Pasti ada syurga buatku, begitu fikirannya.
Tetapi sebetulnya, jika pada saat itu aku percaya Tuhan itu satu, Maha melihat, Maha mendengar, kenapa aku tidak melakukan itu? Kenapa tidak patuh? Kenapa jadikan suatu kewajipan sebagai pilihan?
We tend to do things just to satisfy our own interests.
Kewajipan yang memberi manfaat pada kita, kita angkat, junjung, dan pertahankan. Jika kewajipan yang kononnya tidak memberi sisi manfaat pada kita, misalnya zakat yang fikirnya bakal merugikan kita, kita lari, menghilang dan pinggirkan.
Kita pilih sesuatu yang hanya memberi sumbangan pada kehidupan kita kini, bukan seterusnya.
Para lelaki mempertahankan hak berpoligami, kerana kepentingannya.
Para wanita menentang kewajipan menutup aurat, kerana perempuan ada hak dan kebebasan katanya.
"Mak aku takde, aku tak payah solat."
"Ah tak payahlah bagi duit kat pengemis tu, habiskan duit aku je."
"Saya lepas tudung kerana hidup saya pilihan saya."
Kita jadikan kehendak sebagai TUHAN.
Segalanya dilakukan bukan ikhlas tunduk pada Tuhan.
Ada satu hal lagi yang menarik untuk diamati.
Bila seseorang itu menunaikan solat lengkap, lidahnya pula tajam. Dia merasa solatnya sudah cukup untuk menempah tempatnya di syurga. Bila seseorang itu baik budi pekertinya, solat pula tidak. Sentiasa ada lopong, strategi syaitan, licik dan bijak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tidak mengatakan ini semua bertujuan untuk menghukum, mengejek, atau menjatuhkan sesiapa yang berkenaan. Bahkan aku pernah melalui saat-saat itu, aku tahu untuk istiqamah itu susah, perlu waktu yang panjang. Kita tidak tahu kiri kanan setiap manusia itu bagaimana, persekitarannya, orang sekelilingnya, negatif atau positif, mendorong atau menjatuhkan, jadi untuk kita membuat suatu penilaian ke atas seseorang merely based on their physical is just something stupid to do. We need to stop this, sumpah aku cakap menilai seseorang itu melalui luaran adalah sesuatu paling bodoh untuk dilakukan oleh seseorang manusia, kerana kita punya akal. Kita sendiri punya satu benteng dimana kita menyimpan satu rahsia. Hanya kita dengan Tuhan; kata hati kita, naluri kita. Tapi kenapa kita tidak pernah mengerti? Bukankah kita dalam lingkungan spesies yang sama? Kenapa begitu sukar untuk kita diam sejenak untuk memikirkan apakah kata-kata kita itu mampu membunuh seseorang atau tidak?
Membunuh atau tidak?

TENTANG SAYA
Seorang manusia seperti anda yang menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Kita sama sahaja.
Mengapa setiap kesilapan yg seorg muslimah lakukan akan dikaitkn dgn pkaian dan penampilan mereka? Kadang kami (muslimah) terpedaya dgn hasutan syaitan utk melakukan kesilapan tp kenapa manusia perlu kaitkan kesilapan yg kami lakukan dgn pkaian(tudung n baju labuh) kami?
ReplyDeleteI'm sorry for that....
Delete