Kisah Dia.



Bagaimana bisa kau tahu dia datang dari mana?
Dia yang asli juga tidak kau kenal,
"Bagaimana bisa dia berubah sediam itu?' Tanya mereka.

Kau tak menjalani jalan yang dilaluinya.
Kau tak berdiri dalam kasut yang dipakainya.
Kau tak nampak apa yang dia nampak.
Kau tak dengar apa yang dia dengar.
Kau tak rasa apa yang dia rasa.

Sekalipun dia berceloteh cerita.
Kau tidak akan pernah mengerti,
Sakitnya si kecil itu merangkak keluar dari neraka.

Setiap perkataan, setiap kesakitan, setiap kejadian.
Bagai merenggut tubuh kecil itu.
Menghantui benak kecil itu.

Dan akhirnya dengan jutaan panggung wayang di mindanya,
.Dia berubah sediam itu,
berdiri tanpa sesiapa di sisi,
bukan kerana tidak ada yang menawar,
namun prinsipnya itu mengalahi segala-galanya.

Prinsipnya yang manusia tidak perlu manusia.

Walau mentari memancar setiap hari,
cahaya menyelusuri segenap ruang diri,
bayang hitam menyalin setiap sudut kendiri, 
menapak di jalan tempat berlari,
dan kau lihat bayang itu berhari-hari,
tetap saja kau tidak akan kenal diri,
kerana kau hanya melihat refleksi dari bayang hitam sendiri,
yang tidak punya nyawa dan harga diri.
yang kau perlu lihat adalah diri sendiri,
yang berhari-hari dipagari,
oleh nafsu-nafsi.
bukan bayang hitam sendiri.

Sekian, oleh diri sendiri.

"The biggest challenge in life is to be yourself in a world that is trying to make you like everyone else."








Share this:

TENTANG SAYA

Seorang manusia seperti anda yang menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Kita sama sahaja.

0 comments:

Post a Comment