Hujan Rintik.



Aku ialah hujan.
Titisanku menyuburkan tanah gersang.
Butir-butir jernih itu mengalir dijendela malam.
Biasanya kerap kehadiranku singgah di bulan Disember hujung tahunan.

Suburnya tanah gersang melonjakkan lagi nafsu nafsi si fulan.
Tanah dicantas lalu hilang semua gunung-ganang.
Demi wang dan kepuasan.
Awal diciptakan aku bukan tujuan kehancuran.
Dan kemewahan.

Tambahan lagi.
Aku turun dari awan.
Hinggap ke bibir sang perawan.
Yang menari dalam pelukan hujan.

Yang memelukmu,
Si hujan.

12:08AM//Rabu, 18 Bulan Kehujanan 2016.

Share this:

TENTANG SAYA

Seorang manusia seperti anda yang menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Kita sama sahaja.

0 comments:

Post a Comment