Sekali lagi kisah hujan.
Saya mulakan dengan beberapa fakta tentang hujan.
Pertama, titis cecair jernih dari awan hitam yang turun ke tanah itu berubah bentuk ratusan kali setiap detik sebelum butiran air hujan itu sampai ke tanah.
Kedua, air hujan jatuh ke bumi dengan kecepatan yang rendah kerana titik hujan punya bentuk yang khusus. Cuba bayangkan air hujan jatuh dengan kecepatan yang tinggi, maka kehancuran akan menerpa bumi. Seolah-olah macam kau tuang kesemua air dari baldi ke tanah yang ada pokok kecil, hancur.
Sekarang, cuba bayangkan diri kita sebagai hujan.
Destinasi terakhir hujan adalah tanah. Kita juga akhirnya kembali ke tanah.
Bentuk hujan berubah ratusan kali sebelum sampai ke tanah, sama dengan kita. Hati kita juga sering berubah kiblat ratusan atau mungkin jutaan kali.
Yang membezakan kita dengan hujan adalah pada akhirnya hujan memberi manfaat pada dunia.
Tapi kita?
Adakah perjalanan kita menuju ke tanah berbaloi?
Adakah diri kita terlalu bermanfaat seperti hujan yang sanggup mengorbankan diri hanya untuk menyuburkan tanah?
Satu lagi soalan, apa yang kita korbankan untuk menyuburkan tanah (baca: agama)
Sekarang pula, cuba bayangkan sekali lagi diri kita sebagai hujan.
Untuk jatuh ke destinasi akhir iaitu tanah, hujan jatuh dengan kecepatan yang rendah, slow aje.
Contohilah hujan, dalam menyuburkan agama dalam diri kita dan orang sekeliling, kita kena bergerak dengan kecepatan yang rendah.
Jangan terburu-buru hingga ilmu yang tidak sahih pun kita semat dalam jiwa.
Kerana ilmulah yang akan membezakan kita dengan hujan walaupun kita dan hujan menuju ke destinasi yang sama, iaitu tanah.
Jika kita terburu-buru, maka sama persis dengan hujan apabila turun dengan kecepatan yang tinggi,
iaitu bumi akan hancur.
"Di dalam hujan, ada lagu yang hanya bisa didengar oleh mereka yang rindu."
Adios, hehe.
Adios, hehe.
TENTANG SAYA
Seorang manusia seperti anda yang menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Kita sama sahaja.
0 comments:
Post a Comment