Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Child just like a puppet on your string, they do what you do, they act the same way like you act infront of them.

Aku mungkin jauh dari yang namanya gerbang perkahwinan, apatah lagi memegang gelaran ibu. Namun nota kecil ini dicoret atas dasar supaya nanti suatu masa aku tidak lupa. Ini untuk bonda dan ayahanda diluar sana, tidak lupa juga kepada pengasuh, mak pak sedara yang jaga anak sedara dan lain-lain sedara mara.

First and foremost, bila budak buat kesilapan, jangan tengking walau besar sekalipun kesilapan tu, because when they grow up, I totally believe yang budak tu akan handle masalah dengan emosi bukan akal just like what we do. Contohnya, budak tumpahkan air manis dan time tu kita memang busy, takda masa. Instead of marahkan (marah slow motion punya boleh laa, depends on that situation) budak tu, tolong dan tolong terangkan bahawasanya mak akan lambat bila air tu tumpah, dan nanti kalau ada masa lapang, terangkan balik yang air tu membazir kalau tumpah. 

Kedua, bagi aku, bila dah umur enam atau tujuh macam tu, mungkin aku akan buat jadual chores. Dan aku takkan sekali guna konsep gender inequality, aku akan menyama-ratakan mereka. Tak boleh yang lelaki sibuk main game (tak adil sebab aku tak boleh main) dan yang perempuan duduk menyapu sampah. Cara ni untuk membentuk pemikiran mereka yang sepatutnya kita kena sama-sama melayari bahtera ini, kah kah. So, yang lelaki dengan izin Allah akan membesar dengan tidak menjadi bongkak duduk depan tv, dan yang perempuan tidak akan membesar menjadi ratu selfie yang tak pandai pegang lesung batu.

Ketiga, macam mana cara aku halang budak untuk buat apa yang tak patut. Sama method dengan point pertama. Contohnya, budak tu nak makan gula-gula. Kalau sekali sekala, takpe. Bagi diorang masa dengan childhood diorang. Tapi, kalau selalu, cuba terangkan bahawa bila makan, gigi akan rosak. Aku pernah try tunjuk gambar gigi rosak dekat my nephew, dan cerita dengan syok yang orang tu makan gula-gula banyak sebab tu gigi jadi camtu. Lepastu, dekat sebulan camtu, dia fobia nak makan dengan banyak dan tak mengamuk bila orang tak bagi gula-gula yang dia nak. Sebab apa? Sebab dia faham akibat dari sesuatu perbuatan tu. Atau kau boleh cerita yang dulu kau pernah tengok pakcik takda kaki, sebab dia makan gula-gula banyak, ulat tu nak makan kaki pakcik tu sebab kaki dia manis. Make sense? Takpe, imaginasi kanak-kanak.

Pernah (kejadiannya aku ingat-ingat lupa, sorry) aku try larang buat sesuatu benda contohnya duduk atas kerusi yang dah nak patah, Lepastu budak tu turun, lepastu aku dengan sengajanya tanya, "kenapa adik tak boleh duduk atas kerusi tu?" then budak tu jawab , "taktau". Jadi aku jamin 90% dengan izin Allah, yang lain hari mereka akan naik dan duduk kat kerusi tu buat kali kedua. Jadi, communication is very important in this case. 

Keempat, tolong ajar mereka cara untuk memahami perasaan orang lain, contohnya bila dia berebut belon dengan adik. Instead of telling them, why not explain to them yang sharing is caring. Kalau budak tu masih tak faham, terangkan pada diorang yang bila berkongsi, adik jadi gembira, semua boleh gembira. Time explain tu, muka kita kena ceria, dan senyum seluas-luasnya. Positive vibes yang ada pada riak muka kita tu akan diserap dalam diri diorang, so diorang tau kita sangat berharap diorang akan berkongsi. Cara tangan kau pegang badan diorang pun penting, gosok kepala diorang, betulkan rambut diorang, insyaAllah mereka akan 'rasa'. Akhirnya, wujudlah dua tangan yang memegang tali belon yang satu. Maka, mulalah misi untuk kau kena puji si abang tu, "good boy!". "bagusnya, kalau macam ni mak beli belon lagi lain kali.", "tengok tu adik senyum, pandai abang buat adik senyum". Jadi, diorang akan ada rasa nak share lagi, sebab tau yang perbuatan diorang tu dihargai.

Kelima, mungkin nanti akan ada perbalahan kecil atau perang dingin, jangan sesekali bergaduh di depan anak-anak. Tolong dan tolong bergaduh dalam toilet ke, jauh dari anak-anak. Sebab diorang memang akan tiru apa yang kita buat. Cara percakapan, tingkah laku, kalau panas baran sangat pun, sabarlah dulu demi sikap anak-anak yang ingin dicorakkan. 

Sebab susah nak melentur buluh. Jadi dari rebungnya lah perlu kita mulai. Kan? 

Share this:

TENTANG SAYA

Seorang manusia seperti anda yang menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Kita sama sahaja.

0 comments:

Post a Comment