Everyone's a critic.
"Do we need to be perfect first before criticizing things or people?"
"Yes. Macam la dia sempurna sangattt."
Sebab aku bukan tukang masak yang sempurna, aku takda hak untuk kata masakan tu tawar?
Sebab aku bukan penulis lagu yang sempurna, aku takda hak nak benci sebuah lagu?
Sebab aku bukan Perdana Menteri yang sempurna, aku takda hak nak membantah?
Sebab aku bukan manusia yang sempurna, apa aku takda hak nak mengkritik apa yang salah?
TAK LOGIK KAN?
Kita perlu kritikan.
Sebab kritikan itulah yang akan mengajar kita membaiki apa yang perlu dibaiki.
Kerana sesetengah perkara itu kita tidak mampu untuk sedar dengan hanya melalui pandangan mata kita je.
Perlu ada sisi dan mata lain yang melihat kesalahan kita dalam perspektif yang berbeza kerana kita hidup dalam bumbung langit yang sama. Kita bukan manusia di dalam gua. berkawan dengan kelawar.
Kesalahan yang dikritik itu juga subjektif, aku bagi contoh, jika mengambil dadah adalah satu jenayah di Malaysia, tapi di Mexico itu perkara biasa.
Jadi kita perlu banyak pihak untuk mengkritik kita.
Untuk apa?
Supaya hari demi hari kita menjadi manusia yang lebih berguna.
----------
Tapi asasnya satu, cara mengkritik.
Mengkritik dengan akal, bukan nafsu.
Perlu bukti kukuh dan berasas.
Mengkritik dengan bersederhana,
Iye, aku tau rasanya bila orang kutuk apa yang aku suka,
Contohnya bila kau kutuk Coldplay, aku bunuh kau hahahahahahaha.
Sebab itu kritik tu kena dengan hujah dan idea baru. Jangan sekadar kata "Kau busuk gila" tapi hanya sekadar kutuk. Apa salahnya bagi solution sekali, "Weh sorry kau busuk, aku ada beli deodorant Smelly No more. Bagi duit, aku tolong beli."
Gituuuu. Adios.
"Everyone's a critic and no need to be perfect."
"Everyone's a critic and no need to be perfect."
TENTANG SAYA
Seorang manusia seperti anda yang menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Kita sama sahaja.
0 comments:
Post a Comment