Refleksi Generasi.
Sejak penghabisan tahun 90-an, nampaknya arus internet yang bermanfaat ni dari hari ke hari mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Muda atau tua. Di desa atau di kota. Bukan hanya di Malaysia, tapi di seantero dunia. Jutaan topik dan informasi yang boleh dibahaskan untuk mencerdaskan lagi otak pada bila-bila masa dengan hanya menatap skrin petak. Tapi kenapa generasi ini masih mahu disuap?
Mungkin kerana kita merasakan yang akan sampai suatu masa segala informasi itu akan diperdengarkan kepada kita? Kerana pada dasarnya, membaca itu lebih memenatkan daripada mendengar. Sebab itu, kita lebih suka menonton film adaptasi novel daripada membaca novel aslinya. Saya tinggalkan anda dengan soalan tersebut.
Menjadi perempuan di tengah-tengah laluan sesat sosial media itu susahnya level 100. Lagi-lagi bila kau sendiri terlepas train (baca: trend). Selfie, Wefie, Pokemon Go, Hashtag Ootd, Om Telolet Om dan betapa banyak lagi. Tapi aku cuba ambil tahu semua benda ni supaya aku takla terlihat sangat ketinggalan zaman pada zaman modenisasi yang kian mencanak ni. Tapi pengetahuan aku tu amat terlihat palsu.
---------
Look at the stars,
Look how the shine for you,
And everything you do,
Yeah, they were all yellow.
By; Coldplay, Yellow.
Dan aku lihat bintang tersenyum, menyaksikan perang-perang dunia memuntahkan asap hitam lalu diterbangkan ke puncak langit.
"Tidak bisakah dunia aman dari kerosakan?" Tanya seorang anak kecil.
Perang perlu berlaku untuk sesetengah pihak memperolehi kertas-kertas berlambang $.
Sama seperti Wartawan dan Stesen TV, isu kontrovasi perlu wujud. Jika tidak wujud, maka perlu diwujudkan melalui provokasi.
Kitaran itu terus berputar, satu persatu isu hangat menghiasi akhbar dan internet sehingga kita lupa melihat bintang.
Kitaran itu terus berputar, satu persatu isu hangat menghiasi akhbar dan internet sehingga kita lupa melihat bintang.
Juga pencipta bintang....
TENTANG SAYA
Seorang manusia seperti anda yang menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Kita sama sahaja.
0 comments:
Post a Comment