Apa yang harus aku lakukan, tuhan?
Tuhan!
celikkah mataku?
bisingkah mulutku?
pekakah telingaku?
Tuhan!
aku tidak bisa mati tanpa amal disisi
kelak terbakar jutaan abad
apa yang harus aku lakukan?
Tuhan!
inggeris datang meredah tanah ini
ianya masih hinggap di duniaku ini
gaya penjajah masih berduniawi
menyelusuri setiap embun pagi
kampung kuantan makin mundur
bertebaran kelip-kelip di alur sungai kotor
aku hanya lihat tanpa celik
apa yang telah aku lakukan?
dan apa harus aku lakukan?
Tuhan!
degupan jantung
denyutan nadi
deruan nafas
itu semua hanya untuk mu
untukmu aku wangikan derita
untukmu aku taburkan cerita
itu semua hanya untuk mu
pada bukaan jemari mengadap kiblatmu
Tuhan!
kenapa masih ku rasa berdosa?
sedang berjuta peluru aku lontarkan
tangis tersedu-sedan
diiringi senapang-senapang
terimalah hadiah ku ini tuhan
meski sifat memerlukan itu jauh sekali ada padamu
mungkin aku harus lebih celik, peka, dan hatiku harus terus lebih keras bunyinya.
10:11 PM// 7 Februari 2017.
TENTANG SAYA
Seorang manusia seperti anda yang menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Kita sama sahaja.
0 comments:
Post a Comment